Seorang wanita terpaksa menghadapi detik perit dalam kehidupan selepas melihat sejumlah wang besar milik ibunya hilang sekelip mata akibat tertipu dengan skim penipuan di aplikasi WhatsApp.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook Nur Shalwani Shari, beliau meluahkan rasa kecewa terhadap sikap ibunya yang kerap melayan mesej daripada individu yang tidak dikenali di aplikasi mesej tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB Nur Shalwani Shari

Difahamkan niat sebenar beliau memberitahu bahawa perkongsian ini dibuat atas tujuan untuk memberi pengajaran terhadap orang lain agar tidak menerima nasib yang sama.

“Jumlah keseluruhan mak saya kene tipu sebab terlalu pandai dan usaha untuk gali kubur sendiri ialah RM58,745.

Sumber Gambar: FB Nur Shalwani Shari

“Minta tolong sedara mara, jiran atau kenalan, kalau umi nak pinjam lagi duit atau merayu-rayu nak pinjam duit lagi, itu atas risiko sendiri.

“Kami adik beradik dah tak nak masuk campur dah. Sejak saya kerja di Johor, dah empat tahun ni, duit tiap-tiap bulan bagi RM1,000, abang slalu bagi RM300 ke RM400 sebulan, akak sulung slalu bagi RM500 ke RM600, tapi tak tahu lah apa lagi tak cukup,” luahnya.

Katanya, dia dan adik beradiknya yang lain pernah memesan kepada ibunya agar tidak melayan perkara yang tidak jelas di telefon bimbit, namun pesanan tersebut dikatakan tidak diambil serius.

Dia juga mendakwa, ibunya lebih mempercayai kata-kata orang luar berbanding anak-anaknya sendiri.

Dalam hantaran terbaharunya, dia dilihat sudah melakukan laporan polis walaupun sudah mengetahui bahawa tiada peluang untuk mendapat semula wang tersebut.

Sumber Gambar: FB Nur Shalwani Shari

“Saya dan suami dah ke balai polis untuk buat laporan, kami tahu duit yang hilang memang takkan dapat balik semua. Tapi untuk bagi umi sedar yang dia memang sudah ditipu.

“Kecewa, marah, sedih, penat semua ada, tapi mak masih tak sedar. Saya rasa saya dan suami dah selesai bahagian kami. Selebihnya kami serah pada ALLAH dan buat apa yang kami mampu lepas ni,” dakwanya.

Lebih teruk lagi, nilai sebenar kerugian yang berjaya dikesan sudah mencecah RM72,500 yang merangkumi ASB, KWSP, emas, Amanah dan hutang dengan saudara terdekat.

Sumber Gambar: FB Nur Shalwani Shari

Sementara itu, dia turut memberitahu akan menukar segala kenalan daripada nombor serta sosial media yang dimiliki ibunya selepas kejadian itu. Bahkan, dia juga bakal membeli makanan sahaja berbanding memberi wang bulanan lagi kerana khuatir perkara tersebut akan berulang-lagi.

Hantaran beliau ternyata telah meraih perhatian netizen yang mana majoriti mendoakan agar segala urusan dipermudahkan serta mengambil iktibar daripada kisah yang dikongsikan.