Pada akhir Oktober lalu, kerajaan Thailand mengiktiraf Malaysia sebagai penyumbang kedua terbesar pelancongan di negara itu.
Memandangkan cuti panjang mulai Krismas sehingga akhir bulan ini sempena kedatangan tahun baharu, kira-kira 500,000 orang pelancong Malaysia dijangka membanjiri Thailand pada Disember ini.
Baca Juga:
- Duduki Tangga Kedua, Rakyat Malaysia Diiktiraf Penyumbang Terbesar Pelancongan Thailand
- Thailand Bakal Kenakan Cukai Kepada Pengunjung Gunakan ‘Air Travel’
- Ini Tip Penting Anda Wajib Tahu Jika Nak Memandu Di Thailand
Perkara itu diberitahu oleh Presiden Persatuan Perdagangan dan Pelancongan Halal Thailand-Asia Tenggara (Tahta), Aida Oujeh kepada Kosmo.
Menurutnya, di wilayah selatan Thailand telah menerima lebih 230,000 hingga hampir 400,000 pelancong Malaysia yang memasuki negara itu menerusi pelbagai jalan darat dari 21 Disember hingga 31 Disember depan.
“Bilik-bilik hotel di kawasan tumpuan pelancong seperti Hatyai habis ditempah pelancong yang majoritinya rakyat Malaysia yang berkunjung ke bandar paling besar di selatan Thailand ini.
“Untuk pengetahuan, sebanyak 30,000 bilik penginapan di Hatyai dan wilayah Songkhla telah habis ditempah oleh pelancong sepanjang musim cuti Krismas hingga sambutan tahun baharu 2025,” jelas beliau.
Tambahnya lagi, secara purata seorang rakyat Malaysia akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM600 ketika melancong ke Thailand, petik laporan tersebut.