Donald Trump kembali mencetus kontroversi apabila menuding jari kepada Timbalan Setiausaha, Jabatan Hal Ehwal Veteran Amerika Syarikat, Pete Hegseth sebagai punca perang di Iran.

Trump mendakwa bekas hos siaran Fox News itu adalah antara pencetus utama konflik dengan Iran.

Hegseth adalah individu yang selama ini lantang bersuara menyokong misi Trump dan seringkali mencanang bahawa misi di Iran akan berjaya dengan mudah.

Malangnya, selepas berminggu minggu, AS dan sekutunya masih tidak dapat mencapai kemenangan seperti yang didakwa Hegseth dan Trump sendiri.

Menurut Trump, Hegseth adalah antara pihak yang “paling awal menyokong tindakan ketenteraan”, malah dikatakan menghalang usaha perdamaian ketika pentadbiran masih cuba menamatkan konflik.

Trump berpaling ke arah Pete Hegseth dan berkata: “Pete, kamu adalah orang terawal yang bercakap tentang serangan ini.

“Dan kamu kata kepada saya, ayuh kita lakukan serangan ini. Kerana kamu tak mahu Iran memiliki nuklear.”

@dailyexpress

Donald Trump claimed that US Defence Secretary Pete Hegseth said, ‘let’s do it’, when asked about striking Iran 😳 #dailyexpress #trump #hegseth #iranwar

♬ original sound – Daily Express

Reaksi Pete Heghseth menarik perhatian umum. Kerana ramai yang berpendapat dia terkejut dan tergamam apabila Trump menuding jari ke arahnya.

Namun, penganalisis politik menegaskan, tanggungjawab utama tetap berada di tangan presiden sendiri.

Hegseth menafikan dakwaan bahawa tindakannya sengaja mendorong perang, menegaskan tindakannya hanyalah sebahagian daripada respon terhadap ancaman nuklear di Iran.

Isu ini sekali lagi menampakkan perpecahan naratif dalam pentadbiran AS, dengan Trump cuba menunjukkan dirinya sebagai pendamai sambil menjauhkan diri dari keputusan perang yang kontroversi.

Ini berikutan semakin ramai rakyat Amerika Syarikat yang mengecam tindakan Trump menggunakan duit pembayar cukai untuk misi ketenteraan di negara berdaulat yang lain bersama sekutnya, Israel.