Selepas fenomena drama ‘Lelaki Itu’, lagu nyanyian Marsha Milan, ‘Dulu Kini Dan Akhirnya’ yang menjadi lagu runut bunyi bagi drama tersebut mula trending dan mendapat perhatian ramai.
Kini single terbaru Marsha Milan sekali lagi memukau peminatnya, Hening Rindu yang turut menjadi lagu runut bunyi untuk drama televisyen TV3, Aku Bukan Ustazah yang sedang bersiaran di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan boleh di strim secara langsung secara HD di Tonton melalui aplikasi atau www.tonton.com.my.
Hening Rindu merupakan sebuah balada hasil ciptaan komposer terkenal Ikhwan Fattana dan Wan Salleh, dan liriknya ditulis oleh Wan Salleh sendiri.
Muzik video Hening Rindu juga adalah kesinambungan kepada Dulu, Kini dan Akhirnya. Arahan Izuan Mokhtar, ia membongkarkan tentang Marsha yang diabaikan sebelum ini oleh suaminya Mirza (Dato’ Adi Putra), kerana Mirza sudah mempunyai perempuan lain iaitu Qaidah.
Selepas pergaduhan, Marsha terlibat kemalangan sehingga meninggal dunia termasuk bayi di dalam kandungannya. Penyesalan Mirza di atas segala perbuatannya.
Membaca komen yang ditinggalkan peminat di YouTube, rata-rata mereka terpegun dengan nyanyian Marsha Milan dalam lagu ini. Buat pengikut setia drama Aku Bukan Ustazah, dengarkan Hening Rindu dan ‘Dulu Kini Dan Akhirnya’ nyanyian Marsha Milan di semua platform pilihan anda; iTunes, Spotify dan YouTube Music.