Thierry Henry mempertahankan tindakan Alexander Isak yang berkeras mahu meninggalkan kelab semasanya, Newcastle United.
Menurut Henry, ada pilih kasih di kalangan peminat dalam mengkritik pemain yang mahu meninggalkan kelab.
Sedangkan ketika kelab mahu membuang atau menyingkirkan seseorang pemain, kelab tanpa rasa bersalah melakukannya dan peminat sangat sedikit mempertahankan pemain yang terbabit.
Henry berkata: “Apabila kamu ada pemain seperti dalam situasi di Newcastle ini, di mana Isak mahu angkat kaki.
“Oleh kerana dia pemain yang bagus, maka peminat pun sedih dan tidak mahu dia pergi.”
“Namun ketika ada pemain yang tidak bermain baik, dan kelab mahu pemain itu disingkirkan, saya tidak nampak ada peminat yang menangis mempertahankan pemain itu.”
Situasi Isak di Newcastle masih belum selesai walaupun EPL musim ini sudah bermula.
Beberapa minggu lalu, pemain itu malah melabel Man United mengkhianati janji mereka. Kerana menurutnya, kelab pernah berjanji, sedia melepaskannya, jika ada tawaran kelab besar.
Eddie Howe membalas komen itu dengan menyatakan bahawa dia tidak pernah berjanji. Dia cuma tidak menolak untuk melepaskan Isak.
Newcastle malah sudah berusaha mendapatkan pengganti Isak, cuma beberapa sasaran utama mereka terlepas ke kelab lain termasuk Ekitike dan Benjamin Sesko.