Sewaktu mengembara ke negara bekas jajahan Soviet Union, Christopher Herwig seorang fotografer dari Canada tertarik dengan berbagai bentuk dan seni bina pada hentian bas yang beliau temui.
Ia merupakan hasil seni yang terpinggir dan tidak pernah diwar-warkan kepada negara luar di mana sewaktu pemerintahan kerajaan Soviet – para arkitek, pejabat daerah tempatan dan penggiat seni dibenarkan bebas mereka-bentuk hentian bas mengikut citarasa dan gaya tersendiri.
Hasilnya adalah karyaseni yang menarik dan menggambarkan budaya masyarakat setempat di kawasan tersebut.
1. Hentian bas di daerah Akmola, Kazakhstan. Merupakan salah satu dari beberapa hentian bas dengan lambang propaganda Soviet. Stesen bas ini telah di cat dan semua simbol diterangkan agar kelihatan kembali menarik.
2. Terus terang jika tak diberitahu ini adalah hentian bas, pasti susah nak menduga apakah sebenarnya ini. Pelik bulan? Hentian bas ini terletak diantara jalan Almaty dan Shimkent, berhampiran Tarza, Kazakhstan.
3. Di Khazakhstan juga banyak terdapat hentian bas yang dilukis mural haiwan dan kenderaan.
4. Satu lagi hentian bas di Almaty, Kazakhstan. Kuda turut menumpang berteduh di hentian bas ini.
5. Menurut fotografer ini, beliau kagum dengan keativiti yang dizahirkan pada hentian bas di pedalaman Kazakhstan.
6. Ini pula hentian bas di Armenia. Di negara ini banyak terdapat tinggalan struktur besar yang kelihatan menarik dan kreatif.
7. Hentian bas di Pitsunda, daearh Georgia, Abkhazia
8. Bagi Herwig, hentian bas ini paling beliau ingati kerana reka bentuknya yang unik dan sangat berseni. Lokasi – Gagra, Abkhazia.
9. Hentian bas dibuat dari bongkah binaan besar di Pitsunda, Abkhazia.
10. Ini pula hentian bas di Karakol, Kyrgyzstan.
11. Berbeza dengan hentian bas lain, yang ini ternyata sangat ringkas. Hentian bas di Rokiskis, Lithuania.
12. Hentian bas ala labah-labah (spider like bus stop) di Niitsiku, Estonia. Jangkaan awal Herwig hentian bas ini mungkin dibina selepas berakhirnya era pemerintahan Soviet. Ternyata beliau silap. Grafitti pada hentian bas ini menunjukkan ia telah dibina pada tahun 1980.
13. Ini pun pelik. Hentian bas di Kootsi, Estonia.
14. Untuk hentian bas di Lelyukhivka, daerah Poltava, Ukraine ini sedikit berbeza. Marmar digunakan untuk menghiasi hentian bas ini.
15. Hentian bas macam kubu pertahanan ini pula adalah di Falesti, Moldova.
Nampaknya selain dari pemandangan menarik, gunung ganang dan budaya unik, negara bekas tanah jajahan Soviet ini juga rupanya memiliki hentian bas yang menarik – sesuatu yang jarang terdapat di negara lain.