Menjadi seorang pemain yang aktif dalam bermain bola sepak, futsal atau apa sahaja sukan berpasukan membuatkan anda menggalas tanggungjawab berat  melibatkan emosi bagi menjadikan pasukan anda sebuah pasukan terbaik.

Dalam usaha menjadikan anda sebagai antara yang terbaik dalam kalangan ahli pasukan pastinya pelbagai perkara bermain di minda sebelum mahupun ketika menghadapi sebarang perlawanan.

Baca Juga:

Tidak mustahil pemikiran negatif akan terbit dalam minda anda sekiranya akibat daripada terlalu memikirkan untuk mencapai impian itu.

Anda perlu memahami bahawa setiap emosi atau perasaan negatif yang dicetuskan bakal menganggu tumpuan anda terhadap permainan dan berkemungkinan membuatkan anda mengalami kesulitan dalam gelanggang.

Perkara ini tidak terkecuali bagi seseorang yang terlibat sebagai pemain profesional atau sekadar menikmati sukan secara sosial bersama rakan-rakan lain.

Berikut adalah perkara yang perlu anda berhenti dari berfikir ketika beraksi:

1) Hentikan daripada berfikir untuk menjadi pemain yang sempurna

Tiada pemain futsal yang sempurna walaupun di peringkat dunia. Masih terdapat beberapa perkara yang menjadi kelemahan buat seseorang pemain.

Sekiranya anda merasakan diri anda mahu menjadi sempurna, ianya memberikan peluang lebih besar untuk anda kecewa dengan diri sendiri sekiranya tidak mencapai apa yang dihajatkan dalam permainan.

Jangan biarkan perkara ini menghantui diri anda kerana anda hanya perlu untuk berusaha bagi memperbaiki diri dari kesilapan yang dilakukan.

Kredit Foto: Ashby Rovers

2) Hentikan daripada berfikir anda yang mengawal segalanya

Setiap pemain hanya perlu fokus pada tugas mereka sendiri tanpa perlu terlalu memikirkan soal lain terutamanya melihat kesalahan rakan sepasukan.

Perkara ini akan menjadi masalah yang besar sekiranya emosi anda terganggu dengan perkara ini.

Apabila anda merasakan semua perkara perlu dikawal oleh diri anda, ianya akan membuatkan anda hilang fokus pada permainan dan sering salah menyalahkan sesama sendiri.

Berikan tumpuan pada matlamat asal anda dan juga pasukan serta kawal diri untuk mencapai apa yang ingin dikecapi.

3) Hentikan daripada berfikir anda tahu semua benda dan tidak boleh ditegur

Sebagai pemain anda perlu terima pendapat dan juga teguran dari orang lain. Teguran yang diberikan adalah untuk pembelajaran anda bagi terus berusaha menjadi lebih baik dalam apa sahaja jenis sukan.

Masih terdapat kekurangan yang anda tidak dapat kesan namun dapat dilihat oleh orang disekeliling anda.

Dapatkan pendapat rakan sepasukan mengenai aspek yang diperlukan oleh diri anda untuk perbaiki kualiti dan corak permainan.

4) Hentikan daripada berfikir kesilapan yang dilakukan sebagai kegagalan peribadi anda

Pemain berfikir bahawa kesilapan dilakukan berasakan dia telah gagal sebagai pemain, maka dia akan mula mempersoalkan dirinya dan meragui kemahiran atau kebolehannya.

Belajar dari kesilapan yang dilakukan agar tidak mengulanginya dan membantu pasukan dalam mencapai matlamat yang ingin dicapai sa

Terlalu memikirkan perkara negatif akan membuatkan emosi anda terganggu dan secara langsung akan membuatkan prestasi anda terjejas akibat perkara tersebut.