Pempengaruh media sosial dan YouTuber, Isa Isarb mengakui dia membuat kesilapan dan terpaksa menghentikan program Hero Teladan anjurannya.

Isa Isarb antara pempengaruh media sosial yang tidak lekang dengan kontroversi. Dan dia terlibat dengan satu lagi kontroversi akibat penganjuran program tersebut.

Isa Isarb mendapati bahawa program tersebut tidak menjaga batas hubungan antara lelaki dan perempuan. Itu mendedahkan kepada risiko mereka akan diserbu oleh pihak berkuasa.

Isa Isarb sebelum ini menerima banyak kritikan dan kecaman di atas rancangan yang diadakannya itu.

Akhirnya dia berbincang dengan peguamnya dan akur untuk menghentikan serta merta rancangan tersebut. Isa Isarb memberitahu Mstar Online bahawa dia menanggung kerugian RM500,000 kerana penamatan serta merta program yang sudah dirancangnya itu.

Namun peguamnya menasihatinya, jika dia tidak menghentikan program itu, dia akan berisiko menanggung kerugian lebih besar jika mereka diserbu.

Isa Isarb berkata kepada Mstar: “Peguam saya cakap program ini ada kemungkinan untuk diserbu. Risiko kalau kena serbu, jadi saya hentikan program ini atau lebih besar kerugian yang saya kena tanggung.

“Saya setuju memang tidak boleh lelaki dan perempuan (dalam satu rumah), saya akan cuba untuk betulkan salah yang saya buat.

“Secara puratanya kerugian yang saya tanggung ada sehingga RM500,000. Peralatan sebanyak RM250,000 dan kru serta kos lain RM250,000.”

Isa Isarb menegaskan bahawa dia cuba menganjurkan program itu untuk menjadi testimoni untuk dijual kepada stesen tv di Malaysia.

Isa Isarb turut mengumumkan di IG miliknya bahawa Hero Teladan telah diberhentikan serta merta.

Rata rata netizen menyambut baik usaha menamatkan program tersebut yang dianggap tidak begitu mendatangkan kebaikan kepada generasi muda.

Selain itu ada juga yang menyatakan bahawa, jika mereka ada anak, mereka tak akan membenarkan anak mereka menyertai program seperti yang dianjurkan Isa Isarb kerana ianya boleh mengundang pelbagai masalah lain.