Sejak pemergian arwah Abam, krisis keluarga melibatkan balu arwah Abam, Hidayah serta Ali Puteh selaku adik arwah Abam dilihat oleh tidak berkesudahan sehingga ke hari ini.

Lebih parah lagi, Ali Puteh turut berdepan tuntutan saman terhadap Hidayah berjumlah lebih RM70,000 di mana Ali Puteh sebelum ini memaklumkan memerlu masa untuk membayarnya di samping fokus berniaga.

Baca Juga:

Terbaharu, Ali Puteh menerusi temu bual Boom! memaklumkan beliau yang sudah lama tidak menerima ‘job’ daripada stesen TV tampil meluahkan usaha beliau membayar hutang dengan barangan peribadi beliau.

Walau bagaimanapun, permintaan beliau untuk menjual barangan peribadinya ditolak selepas dikatakan Hidayah sekadar mahu menerima wang tunai.

“Sebab hantar surat melalui peguam dan memaklumkan kepada pihak sana untuk menyelesaikan jumlah gantirugi dan kos yang dituntut dengan menyerahkan aset dimiliki saya kepada Hidayah seperti motosikal Yamaha RXZ, 125Z dan Y15,” ulas Ali Puteh.

“Dan untuk mencukupkan jumlah yang dituntut, bakinya dibayar secara tunai. Dan perkara ini saya pernah tanya pada peguam dia (Hidayah), beliau menyatakan jika tak ada tunai, bayarlah dengan aset” tambah Ali Puteh lagi.

Beliau turut mahukan Hidayah tidak lagi memutar belitkan fakta atas apa yang berlaku.

Sementara itu, beliau memaklumkan kini memilih pendekatan untuk berniaga sambal petai dan jering berlado Ali seperti yang dilihat di TikTok bagi menampung perbelanjaan keluarga dan kehidupan seharian.

Sumber