Semalam, peguam yang mewakili pelakon, Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memberitahu kepada pihak media bahawa anak guamnya mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya.
Melalui satu perkongsian video sebuah portal di akaun TikTok telah memaparkan Diana Danielle ketika dalam perjalanan memasuki ke dalam mahkamah untuk kes hadanah semalam.
Baca Juga:
- 11 Tahun Menjalin Rumah Tangga, Farid Kamil Dan Diana Danielle Cerai Talak Satu Melalui Google Meet
- Farid Kamil Mengamuk Dan Culas Bayar Nafkah, Diana Danielle Dedah Terpaksa Hubungi Polis
- Didakwa Peroleh ‘Kekuatan’ Daripada Orang Ketiga, Diana Danielle Nafi Tuduhan Farid Kamil
@ohbulanofficial Semoga segala urusan dipermudahkan buat DD 🥰#ohbulan #fyp #news #dianadanielle
Akan tetapi, penampilan Diana pula mencuri perhatian netizen apabila orang ramai mengatakan bahawa wajah pelakon tersebut kelihatan berbeza.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat bentuk wajah Diana Danielle sudah berubah agak ketara terutama sekali di bahagian hidung.
Terdahulu, pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle bercerai talak satu menerusi aplikasi Google Meet pada 10 Ogos lalu.