Sebut mengenai Hael Husaini pasti ramai yang mengenalinya. Berjaya menyertai industri hiburan lebih sedekad lalu dengan penyertaan beberapa program realiti TV antara yang membuatkan beliau dikenali. Memenangi Anugerah Juara Lagu 32 dan 33 sekaligus meletakkan beliau sebagai antara selebriti yang berbakat.

Di sebalik aktif dalam industri hiburan dengan menghasilkan pelbagai lagu buat diri sendiri serta artis lain, netizen baru-baru ini lebih tertumpu dengan wajah terbaru beliau yang dilihat sangat berbeza meskipun mengekalkan gaya rambut yang hampir sama.

Baca Juga:

https://www.instagram.com/p/CpPp_vljQhb/

Menerusi perkongsian netizen, wajah terbaru beliau kini tampak seakan selebriti Korea. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan wajah terbaru penyanyi ini.

Terdapat netizen yang memaklumkan wajah beliau sebelum ini lebih gelap berbanding sekarang. Tidak kurang juga yang berpendapat wajah terbaru beliau dilihat lebih feminin.

Sebelum ini, menerusi sebuah temu bual Hael Husaini memaklumkan dirinya tidak berniat untuk meniru wajah seakan selebriti Korea sebaliknya seakan mengikut keputusan pihak pengurusan beliau.