Selepas 4 tahun pencarian, seorang wanita warga Lithuania yang datang ke Malaysia dan terputus hubungan dengan kedua ibu bapanya, berjaya ditemukan semula, menurut penyiar awam Lithuania LRT.
Wanita dari Raseiniai, Lithuania itu datang ke Malaysia pada Januari 2019 untuk melawat rakan yang dikenali menerusi internet dan ketika itu dia berusia 19 tahun, kata Ketua Polis Daerah Siauliai dalam satu kenyataan.
Baca Juga:
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
Ibu bapanya telah menghubungi Polis Daerah Raseiniai dan meminta membantu mencari anaknya itu. Polis Malaysia tidak dapat memberikan maklumat sama ada wanita itu berada di negara ini.
Penyiasat Raseiniai mengesan akaun Facebook masyarakat Lithuania Malaysia dan menghubungi pengerusinya, Rita Ruke.
Missing Lithuanian woman found in Malaysia after 4 years of searcheshttps://t.co/o4Qa7VQx3Q
— 🏴 ALL COPS ARE BASTARDS #ACAB #PSYOPS 🏴 (@informacija) January 26, 2023
Ruke kemudian meminta detektif tempatan untuk memeriksa setiap lokasi, nombor telefon dan alamat wanita itu yang dihantar oleh pihak Raseiniai.
Pemeriksaan terakhir pada Disember tahun lalu mendapati terdapat pembelian dalam talian yang dibuat atas nama wanita berkenaan.
Pada 20 Disember tahun lalu, wanita itu dilaporkan ada berbual menerusi video dengan Ketua Penyiasat, Vytautas Globis.
“Saya masih hidup, dalam keadaan baik dan sangat gembira,” kata wanita itu.
Menurut laporan, wanita berkenaan meninggalkan Lithuania dan memutuskan hubungan dengan keluarga terdekatnya kerana enggan mempunyai apa-apa kaitan dengan mereka.