Berita hoax yang mendakwa netizen Malaysia ‘claim’ tradisi pacu jalur turut dipercayai oleh Gubenur Riau.

Netizen Malaysia rata rata pelik, dari mana datang cerita orang Malaysia mahu merampas tradisi pacu jalur yang tengah viral di media sosial itu.

Tradisi

Salah seorang netizen Malaysia berkata: “Kami sekarang tengah pening fikir pasal cukai, tak ada masa nak fikir pasal pacu jalur ni.”

Kemudian ternyata ianya cuma hoax yang digembar gemburkan netizen Indonesia sendiri yang menyamar menjadi orang Malaysia dan meng’claim’ pacu jalur.

Komen Rakyat Malaysia ‘Claim’ Pacu Jalur Rupanya Dari Warga Indonesia

Ini bukan pertama kali netizen Indonesia percaya dengan berita hoax seperti itu. Cuma lebih menyedihkan apabila melibatkan individu berpangkat Gubenur.

Mungkin tuan Gubenur harus meminta bantuan daripada pegawai kanannya untuk membantu menyemak fakta sebelum memberikan komen.

Gubenur atau Datuk Bandar Riau, Abdul Wahid memberikan komen mempertahankan bahawa tradisi pacu jalur itu berasal dari Riau, Indonesia.

Wahid berkata: “Ya pacu jalur berkembang di Riau sudah berabad abad lamanya. Sudah menjadi tradisi di sini.

“Awalnya, perahu adalah pengangkutan masyarakat. Kemudian muncul pula usaha untuk berlumba dengan perahu, sehinggalah ia menjadi tradisi sampai ke hari ini dan dilestarikan masyarakat.”

Seorang lagi tokoh masyarakat Riau, Roni Rakhmat yang merupakan Kepala Dinas Pariwisata pula menegaskan bahawa tradisi pacu jalur itu asli milik Indonesia.

Dia turut memberikan komen tentang berita bahawa netizen Malaysia nak claim pacu jalur – menurut Liputan 6.

Dia menegaskan bahawa, tradisi itu asal dari Riau bukannya Malaysia. “Spesifiknya, dari Kuantan Singigi, Riau,” tegasnya.

Roni kemudian tidak hairan kalau budaya yang sama ada di Malaysia memandangkan Riau dan Malaysia ‘negeri serumpun’ menurutnya. Cuma Roni mahu semua orang faham tentang sejarah pacu jalur.