Tular satu video dashcam yang merakam detik-detik sebuah Honda Civic FK8 Type R terlibat kemalangan dengan bas ekspress.

Menerusi perkongsian Facebook Lee Tommy, ketika kejadian berlaku, kereta dashcam berada di belakang Honda Civic tersebut.

Apabila sampai di satu selekoh, kereta Honda itu hilang kawalan kemudian merempuh bahagian hadapan sebuah bas ekspress selepas terbabas masuk ke lorong bertentangan.

Kereta dashcam serta sebuah Volkswagen memberhentikan kenderaan masing-masing beberapa meter di hadapan kawasan kejadian.

Beberapa keping gambar selepas insiden kemalangan itu turut dikongsikan. Bahagian hadapan Honda dan bas mengalami kerosakan yang sangat teruk.

Sumber Gambar: Facebook Lee Tommy

Menurut warganet, kejadian terbabit berlaku sehari sebelum Deepavali tahun lalu. Difahamkan pemandu Honda Civic Type R itu mengalami kecederaan serius selepas terlibat kemalangan dengan bas.

Sumber