Honda Day 2025 di Sepang dilaporkan gagal menarik perhatian peminat tegar Honda tahun ini. Suasana di litar nampak lengang dan kurang sambutan, dipercayai kesan daripada tindakan boikot terhadap penganjurnya, Remy Ampang.

Di dalam salah satu video yang tular, selain memperlihatkan keadaan acara yang tidak meriah dengan pengunjung, pemilik akaun yang juga penjual aksesori kenderaan turut meluahkan dirinya menarik nafas lega kerana memilih untuk tidak membuka khemah pada kali ini.

“Nasib baik tahun ini tak buka khemah, kalau tak makan modal,” tulisnya. Dakwanya lagi sewa tapak mencecah RM1,000 untuk sehari dan percaya pemili bisnes akan terjejas teruk.

@dil_autopart_garage

nasib baik tahun ni x bukak kemah klu x makan modal 🤣 #creatorsearchinsights #dilautopartgarage #hondaday #honda #vtec @kemalkimun @uncle_shah_okl @Foolgaz Motorsport

♬ Musik Sedih – Khalif Arkhan

Dalam pada itu, di dalam satu video lain, kelihatan para peserta yang juga pemilik honda yang menyertai acara itu hanya diberi hadiah penghargaan berbentuk hamper biskut yang didakwa berharga RM2 sahaja.

“Hadiah penyertaan ke ni? Biskut RM2,” katanya.

@zainudin.arepp

remy ampang memang full of surprise 😆 #hondaday #hondaday2025 #remyampang #fyp

♬ QKThr – Aphex Twin

Melihat ruangan komentar, rata-rata netizen mendakwa serta menyimpulkan bahawa ahli kumpulan Honda sendiri sebenarnya sudah mula memboikot acara yang dikendalikan oleh Remy Ampang atau nama sebenarnya, Mohd Syaz Remy Syaz Riza selepas insiden memberikan hadiah cabutan bertuah sebuah kereta Honda SM4 dalam keadaan yang daif pada siri lalu.

Selain itu, ramai netizen turut bersimpati dengan nasib peniaga yang membuka khemah dengan harapan boleh meraih untung tetapi lain pula jadinya.

Dengan kos tapak mencecah RM1,000, belum tentu jualan pada hari itu boleh memberi pulangan modal balik dan lebih teruk lagi akan mengalami kerugian pula.