Ayah kepada tiga orang anak, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli bersama 2 teman wanitanya, Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Sebelum ini tular kisah seorang gigolo yang merakam dan menjual video lucahnya bersama lebih 20 wanita dan meraih pendapatan lumayan mencecah RM120,000.

Polis Cekup Lelaki Gigolo Yang Raih RM120,000 Dengan Menjual Video Seks

Dia turut menerima wang daripada wanita yang membayarnya upah untuk memuaskan nafsu mereka. Siasatan polis mendapati bahawa, lelaki tersebut menjual video tersebut yang dilanggan lebih 2,600 orang tempatan.

Yuran yang dikenakan adalah sekitar RM20 sehingga RM100, bagi mereka yang mahu menyaksikan aksi tersebut. Dan suspek meraih pendapatan sekitar RM120,000 dalam enam bulan terakhir ini.

Dipetik daripada laman Buletin Utama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata:

“Semua pelanggan aplikasi itu adalah daripada golongan lelaki gersang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat.”

Tangkapan dibuat ke atas 3 individu iaitu Hot Daddy dan teman wanitanya yang tinggal bersama dengannya dan ayahnya di Janda Baik.

Hasli Ikhwan yang juga dikenali dengan nama Hot Daddy didakwa atas kesalahan membuat promosi perkhidmatan persundalan menerusi aplikasi mendia sosial pada minggu lalu.

Ketia tiga mereka bekerjasama dalam membuat iklan persundalan tersebut, menurut pertuduhan yang dibacakan.

Pertuduhan adalah dibuat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Pada awalnya Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latif enggan menawarkan sebarang jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Hal ini kerana kesalahan tersebut dianggap tidak boleh dijamin dan mengambil kira kepentingan awam.

Kemudian, jika mahkamah membenarkan ikat jamin, maka pihak pendakwaraya mencadangkan nilai ikat jamin adalah RM20,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tetuduh.

Seterusnya, peguam, Mohd Faris Abrar Othman yang mewakili semua tertuduh, meminta mahkamah hanya mengenakan ikat jamin minimum kerana ketiga tiga tertuduh adalah rakyat tempatan dan ada menyara keluarga.

Menurut sumber Harian Metro, peguam yang mewakili Hasli turut mendedahkan bahawa anak guamannya masih perlu menjaga bapanya yang berusia 67 tahun – serta memiliki sejarah penyakit buah pinggang.

Hasli turut menyara 3 orang anaknya yang berusia 12, 10 dan 4 tahun.

Dipetik dari sumber yang sama, peguamnya berkata: “Norshazrina bekerja sebagai pengurus swasta dengan gaji RM4,000 sebulan dan menanggung ibu berusia 56 tahun yang mempunyai penyakit jantung manakala Norhidayah tidak mempunyai pendapatan tetap.”

Siti Aminah kemudian setuju untuk mengurangkan ikat jamin kepada RM10,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh.