Umum mengetahui bahawa Ellie Suriaty dan Azri Iskandar sudah bercerai pada tahun lalu. Malah, Azri dikhabarkan akan berkahwin dengan kekasih hatinya tidak lama lagi.
Dalam satu laporan, Azri memaklumkan bahawa hubungan dengan bekas isterinya bertambah baik selepas bercerai berbanding ketika bergelar suami isteri.
Baca Juga:
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
Menurutnya, Azri berkata dia juga akan meminjam kepada bekas isteri sekiranya tidak mempunyai wang ringgit dan juga sebaliknya serta hubungan mereka tidak seperti pasangan yang sudah berpisah.
Apabila ditanya tentang rancangan perkahwinan dengan kekasihnya, Azri berkata dia masih belum mempunyai wang yang mencukupi untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Terdahulu, penampilan terkini Ellie Suriaty ketika menghadiri majlis pelancaran Tiga Drama Hebat telah menjadi bualan ramai dan dipuji netizen.