Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilaporkan menggelar Perdana Menteri (PM) Israel Benjamin Netanyahu sebagai “lelaki jahat paling sial”, lapor Times Of Israel.

Kenyataan Biden dibuat di tengah-tengah meningkatnya kekecewaan dan ketegangan antara kedua-dua negara  dengan AS mahu Israel menghentikan pembunuhan beramai-ramai Semenanjung Gaza.

Baca Juga:

Menurut laporan Politico, sumber yang tidak dinamakan berkata Biden semakin curiga terhadap Netanyahu ditengah-tengah perang Israel ke atas Gaza yang kini memasuki bulan keempat.

Biden bahkan mengutuk rakan sejawatnya secara peribadi dengan memanggilnya “lelaki jahat paling sial.”

Laporan itu menjelaskan bahawa jurucakap Biden, Andrew Bates, menafikan perkara ini dan mendakwa, “Presiden tidak berkata demikian, dan tidak akan berkata demikian.”

Kedua-dua pemimpin itu, katanya, “mengekalkan hubungan saling hormat-menghormati selama beberapa dekad di tempat awam dan peribadi.”

Sama ada laporan itu benar atau tidak, komen Presiden Biden menyerlahkan kekecewaannya yang semakin meningkat terhadap Perdana Menteri Israel berhubung caranya mengendalikan perang.

Ini kerana Netanyahu menolak nasihat Amerika untuk mengurangkan perang ke atas Palestin.

Selain itu, pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel di Gaza merosakkan reputasi dan bakal merugikan pihaknya pada pilihan raya akan datang.