Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula Isnin sehingga 11 November.
Sejak jam 4 petang tadi, hujan lebat yang berterusan sehingga sekarang telah mengakibatkan beberapa lokasi di Shah Alam dilanda banjir kilat. Antara kawasan terjejas termasuklah Taman Sri Muda, Seksyen 17, Seksyen 24, Seksyen 32, Seksyen 36, Bukit Naga, Alam Impian dan Bukit Jelutong.
Baca Juga:
- Bina Penghadang Halang Air Banjir, Persediaan Awal Rumah Di Kelantan Ini Buat Netizen Kagum
- Sering Berdepan Bencana Banjir, Lelaki Ini Kongsi 7 Barangan Mudahkan Proses Bersihkan Rumah
- Orang Ramai Diminta Semak Semula Dengan Pihak Insuran Dan Takaful Untuk Proses Tuntutan Banjir
Shah Alam Seksyen 17 , berhampiran Terminal 17 …. 8/11/22 pukul 4.00 petang pic.twitter.com/6tvcmJinvO
— sirsazly (@sirsazly) November 8, 2022
OMG #banjir in #alamimpian #shahalam
Poor drainage system are contributing these.
Kamon lah @spsetiabhd & I&P do something. Rumah kat sini bukan murah. This cant be happen here. pic.twitter.com/bjHtBLgqIp— ijanyunus79 (@yushahrizan) November 8, 2022
https://twitter.com/alyaa_haliqa/status/1589926589600796673
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan beberapa kawasan dinaiki air dan pihaknya melakukan pemantauan dari masa ke semasa.
Menerusi laporan, Majlis Bandaraya Shah Alam menasihati penduduk di Taman Sri Muda meletakkan kenderaan mereka di kawasan tinggi. Malah, tempat letak kereta di Pasar Moden Sri Muda turut dibuka untuk orang ramai meletakkan kenderaan.
MET Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.