Terbaharu, Hunny Madu yang merupakan seorang penyanyi telah berkongsi sebuah video yang memaparkan keadaan Pantai Tok Bali, Kelantan yang dipenuhi dengan sampah-sarap.

Menerusi perkongsiannya, dapat dilihat banyak sampah berterabur di sekitar pantai tersebut telah mencacatkan kecantikan pantai tersebut.

Baca Juga:

Watch on TikTok

Hunny yang berkunjung ke pantai tersebut berasa terkejut dan pelik bagaimana keadaan pantai itu boleh berubah drastik berbanding sebelum ini.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir penduduk di Kelantan turut mengakui bahawa kebersihan di negeri tersebut sangat teruk.

Hunny Madu Luah Kekecewaan Lihat Pantai Tok Bali Di Kelantan Kotor Dipenuhi Dengan Sampah

Hunny Madu Luah Kekecewaan Lihat Pantai Tok Bali Di Kelantan Kotor Dipenuhi Dengan Sampah

Hunny Madu Luah Kekecewaan Lihat Pantai Tok Bali Di Kelantan Kotor Dipenuhi Dengan Sampah

Bukan itu sahaja, ada juga netizen berharap ramai orang akan membuka mata mereka untuk menjaga kebersihan pantai bersama-sama agar keindahannya dapat terjaga.

Malah, para netizen turut berterima kasih kepada Hunny Madu kerana berkongsi keadaan di pantai tersebut sekaligus dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.