Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib mendedahkan bahawa dia semakin tenang kerana hutangnya kini tidak lagi mencecah puluhan juta ringgit.

Sambil menyatakan dirinya bersyukur kerana berjaya melunaskan sebahagian besar hutang perniagaannya.

Menurut Shuib sebelum ini jumlah hutang itu berjumlah puluhan juta ringgit.

Disiplin dalam pengurusan kewangan oleh Shuib banyak membantunya melunaskan sebahagian besar hutang itu. Dia konsisten bersemuka dengan agensi kerajaan dan membuatkan situasi menjadi semakin baik.

Berjaya kurangkan hutang di bawah paras puluhan juta ringgit

Shuib telah menyusun semula jadual pembayaran hutangnya yang telah banyak membantunya dalam mengurangkan beban hutangnya.

Dipetik dari mStar, Shuib menyatakan dalam 2 bulan terakhir dia telah membayar sebahagian besar hutang yang ditanggung, termasuk kepada beberapa agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.​

hutang pernah puluhan juta ringgit

Shuib berkata kepada portal tersebut: “Alhamdulillah, hutang saya sudah semakin berkurang dan tidak lagi mencecah puluhan juta ringgit dah seperti sebelum ini.

“Dalam sebulan memang akan jumpa pihak agensi kerajaan, tiada masalah dan semakin baik. Kami berbincang cara pembayaran dan semuanya berjalan dengan lancar setakat ini.”

Hutang Shuib Tidak Sampai Puluhan Juta Ringgit
Sumber Gambar: F8buzz

Situasi hutang yang kritikal sebelum ini membuatkan Shuib berdepan kesukaran terutama sekali hutangnya yang mencecah puluhan juta ringgit.

Dia malah pernah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM1.2 juta dan penalti RM453,969.42 pada tahun lalu.

shuib
Sumber Gambar: Harian Metro

Namun semua itu tidak mematahkan semangat Shuib untuk terus berniaga dan membayar hutang hutangnya yang dulu pernah puluhan juta ringgit banyaknya.

Shuib beharap trend ini akan terus menerus dalam usahanya untuk melunaskan semua hutangnya. Sambil menegaskan bahawa dia sedia untuk terus mengembangkan lagi perniagaannya.