Arte Mont Kiara adalah satu penginapan yang pernah ‘hype’ satu ketika dahulu disebabkan di setiap sudut penginapan sangat insta-worthy dan mewah serta harganya tidaklah terlalu mahal.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @tanusha.photography telah berkongsi sebuah video di TikTok miliknya menunjukkan review semasa dia menginap di Arte Mont kiara. Untuk pengetahuan anda, terdapat juga resident di sini, maka ia bukanlah ‘fully’ hotel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@tanusha.photography

exposing the worst luxurious condo in Kuala Lumpur! do share your experience in comments and send it to your friends to prevent them from staying here 💔🥲 #kualalumpur #accomodation #exposed

♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design

Menerusi video tersebut, dapat dilihat ulat dalam kolam renang, bunga layu, lantai berkerak, bilik kotor dan banyak lagi. Hal ini membuatkan Tanusha merasakan ini adalah penginapan mewah terburuk yang pernah dia duduk.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan keadaan penginapan terbabit yang indah khabar dari rupa.

Segelintir netizen yang pernah menginap di sana mengatakan keadaan sebelum pandemik melanda, keadaan penginapan mewah itu terjaga dan juga sangat cantik tetapi sekarang pihak pengurusan seolah-olah tidak menjaga tempat terbabit.

Malah, ada juga netizen yang berasa geli melihat keadaan kotor dan tidak terjaga tempat terbabit dan tidak mahu menginap di sana walaupun sebelum ini terasa mahu menginap disebabkan banyak spot bergambar.