Lebih 3 dekad bergelar cef selebriti, Datuk Rezuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan baru-baru ini mengejutkan orang ramai selepas mengumumkan beliau disahkan menghidap kanser limfoma.
Beliau yang kini berusia 65 tahun ini tampil berkongsi berita duka tersebut menerusi laman Instagram di mana beliau memaklumkan bakal menjalani rawatan dalam masa terdekat.
Baca Juga:
- Chef Wan Tidak Mahu Kejar Anugerah ‘Michelin Star’, Lebih Selesa Dikenali Seperti Sekarang
- Upah Hampir RM6,000 Sebulan, Chef Wan Rasa Tenang Ibu Dijaga Jururawat Khas
“Pada pukul 3 petang tadi, saya menerima diagnosis daripada doktor yang mengesahkan saya menghidap kanser limfoma.
“Saya bakal melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser tersebut telah merebak ke organ-organ lain,” katanya.
Dimaklumkan rawatan kemoterapi bakal mengambil masa selama 13 minggu manakala peluang untuk sembuh adalah sekitar 70 hingga 80 peratus.
“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M. Daud Kilau dan sebagainya pada masa akan datang,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Chef Wan dengan penuh rasa positif memaklumkan orang ramai agar tidak perlu risau serta menzahirkan ucapakan terima kasih atas serta kata-kata semangat yang diterima.
“Anak dan menantu saya terus menangis selepas mendapat tahu saya menghidap kanser. Tetapi, beginilah hidup. Kita perlu jalani setiap cabaran satu demi satu dengan hati yang terbuka.
“Kepada semua, jangan risau. Terima kasih atas doa kata-kata semangat,” luahnya.
Didoakan semoga Chef Wan dalam kembali sihat serta dapat perjuang dalam perjalanan melawan sel kanser sekaligus dapat kembali bekerja sebagai cef seperti yang dikenali ramai.