Pagi tadi, pihak penyelamat Thailand berasa sangat bersyukur dan gembira apabila sekumpulan pelajar bersama jurulatih bola sepak mereka ditemui selamat selepas terperangkap di dalam gua selamat 9 hari. Ianya pasti berita gembira buat ibu bapa 12 pelajar ini yang menanti setiap hari untuk perkembangan lanjut tentang anak mereka.
Dikhabarkan 12 pelajar yang berusia antara 11 hingga 16 tahun ini bersama jurulatih mereka memasuki gua Tham Luang Nang Non yang terletak di taman negara Chiang Rai (bahagian utara Thailand) selepas tamat latihan bola sepak pada 23 Jun yang lalu.
12 boys and their football coach were found alive after 9 days missing in a flooded cave complex in northern Thailand, ending a massive international rescue effort. pic.twitter.com/Oz23Zr3T62
— AJ+ (@ajplus) July 2, 2018
Ketika masih di dalam, gua berkenaan banjir dinaiki air akibat hujan lebat dan menyebabkan kesemua mereka terperangkap di dalam gua. Penyelamat mengetahui mereka terperangkap di dalam kerana basikal serta barangan sukan mereka berada di bahagian masuk gua berkenaan.
Daripada rakaman video ini, mereka berjaya ditemui oleh dua orang penyelam profesional dari Britain. Mereka berada dalam keadaan baik, cuma lapar dan sangat sensitif kepada cahaya kerana duduk bergelap selama terperangkap di dalam gua.
Dua warga British ini menawarkan khidmat menyelamat secara percuma dan turut membantu pihak Royal Thai Navy SEAL dalam misi menyelamat kumpulan pelajar ini. Richard Stanton adalah bekas anggota bomba di Conventry dan mempunyai pengalaman menyelam selama 35 tahun dan merupakan antara penyelam gua terbaik di Britain. John Volanthen pula adalah penyelam profesional yang turut serta membantu Richard dalam mencari pelajar-pelajar ini.
Thank you so much "Mr Volanthen and Richard Stanton two British divers"
Thank you everyone.
Thanks to every country
for help and send to encouragement
until the 13 life are members of the Moo Pa – or Wild Boar – football team to safe in #ThamLuang #ถ้ําหลวง 👃
Image : Real Metro pic.twitter.com/hjkhViEjJg— Thai Buddha amulet (@mhosong72) July 3, 2018
Namun di sebalik kegembiraan ini, pihak penyelamat berdepan masalah apabila tiada tanda-tanda gua Tham Luang ini akan surut dalam masa terdekat. Menurut pasukan penyelamat, ianya bakal mengambil masa sehingga 4 bulan untuk menyelamatkan setiap seorang yang terperangkap.
Pasukan menyelamat akan menyediakan stok makanan yang cukup selama 4 bulan ke lokasi ini sementara mereka mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan setiap seorang pelajar yang terperangkap. “Kami akan terus menghantar makanan kepada kumpulan pelajar ini dengan bantuan 13 penyelam kami di samping kami terus cuba untuk mengeringkan air yang menutup laluan kami ke lokasi remaja ini,” kata kapten pasukan Navy yang bertugas, Anand Surawan.
All 12 members of youth soccer team found alive in Thailand cave after being trapped for 9 dayshttps://t.co/Pecb03wL6C pic.twitter.com/JOzRX866df
— Bleacher Report (@BleacherReport) July 2, 2018
Gabenor Chiang Rai, Narongsak Osottanakorn turut gembira atas penemuan kembali kumpulan yang hilang ini. “Kami tahu ianya satu misi yang mustahil kerana kami berdepan hujan setiap hari. Namun dengan ketangkasan dan semangat yang ada, kami berjaya menemui kembali kumpulan pelajar ini,” kata Narongsak.
“Doktor juga menasihatkan kami untuk membekalkan kumpulan ini dengan ubat-ubatan untuk mengelakkan penyakit dan jangkitan,” tambah Narongsak.
Kejadian ini mengingatkan ramai kembali kepada satu kes yang pernah berlaku berlaku sebelum ini di Chile di mana sekumpulan 33 pekerja terperangkap di dalam runtuhan lombong emas di Gurun Atacama.
Misi menyelamat kesemua pekerja ini juga bukan mudah dan pasukan menyelamat mengambil masa selepas 69 hari untuk membebaskan kesemua pekerja yang terperangkap.
Kejadian yang berlaku di Chile ini turut mengilhamkan satu filem Hollywood, The 33 yang diinspirasikan daripada kejadian ini. Siapa yang sudah menonton filem ini pastinya tahu kesukaran untuk mengeluarkan semua yang terperangkap seorang demi seorang.
Konflik pasti timbul untuk siapa yang perlu keluar terlebih dahulu dan pastinya semua mahu diselamatkan secepat mungkin.
Kumpulan pelajar ini dikhabrkan berada sedalam lebih 1 kilometer daripada pintu masuk gua berkenaan. Ini juga antara faktor mengapa misi menyelamat ini bakal mengambil masa sehingga 4 bulan. Semoga segalanya akan selamat dan kumpulan 12 pelajar dan jurulatih mereka dapat diselamatkan secepat mungkin.