Boleh dikatakan setiap destinasi pelancongan di seluruh dunia kini umpama ‘ghost town’ tanpa kehadiran pelancong. Begitu juga suasana di Pasar Chatuchak yang dulunya sesak, kini sepi dan hampir ‘mati’.
Dapat dilihat kebanyakan kedai di Pasar Chatuchak terpaksa ditutup disebabkan tidak mampu membayar sewa dan mengalami kerugian sepanjang penularan wabak pandemik COVID-19.
Walaupun dihimpit dengan keadaan ekonomi yang buruk dan tiada pendapatan daripada jualan tetapi ada sebahagian peniaga di Pasar Chatuchak tidak mahu berputus asa.
Keadaan lengang di Pasar Chatuchak ini menyukarkan para peniaga untuk menjana pendapatan demi kelangsungan hidup. Ketika kerajaan Thailand memberikan bantuan kepada rakyatnya, pasar ini dikunjungi pelanggan terdiri daripada pelancong tempatan tetapi hanya seketika.
Adakah Pasar Chatuchak ini mampu bertahan sehingga keadaan kembali pulih dan pelancong dibenarkan untuk melancong? Kongsikan kenangan anda berkunjung ke Pasar Chatuchak ini.
Tahukah anda bahawa Pasar Chatuchak pernah terbakar pada tahun 2019? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Pasar Terkenal Chatuchak Di Thailand Terbakar Memusnahkan 110 Buah Kedai
Lelaki Ini Kongsi Keadaan Pantai Cenang Di Langkawi Yang Sunyi Tanpa Kehadiran Pelancong
Dulu Sesak Dan Meriah, Koh Samui Kini Ibarat ‘Ghost Town’ Tanpa Kehadiran Pelancong