Ibu bapa mengeluh di mana pada hari ini ada segelintir guru terlalu terikut trend ketika mengadakan jamuan perpisahan.
Menurut laporan Mstar Online, ada ibu bapa terpaksa meminta anak mereka melupakan sahaja jamuan perpisahan kerana bayaran yang dikenakan terlalu mahal.
Baca Juga:
- Tambang Bakal Naik Hingga RM20, Ini Penjelasan Persatuan Bas Sekolah
- KPM Minta Ibu Bapa Buat Aduan Jika Harga Makanan Kantin Sekolah Mahal
- As’ad Motawh Anggap Sekolah Buang Masa Selepas Miliki 300k Follower Di Instagram
Ada yang mengenakan bayaran sekitar RM50 sehingga RM150 untuk seorang pelajar.
Ibu bapa mempersoalkan adakah relevan jamuan perpisahan darjah enam dikenakan RM50 seorang?
Ada ibu bapa yang tidak ada kemampuan. Walaupun pelajar tersebut dianggap ‘berhak’ untuk berada dalam majlis perpisahan tersebut.
Kerana selepas ini mereka akan melangkah ke alam sekolah menengah. Mereka tidak akan berjumpa dengan guru atau beberapa rakan mereka lagi.
Seorang ibu berkata: “Saya mampu membayar. Cuma memikirkan, bagaimana dengan ibu bapa yang tidak berkemampuan menyediakan nilai itu?”
Ada yang meminta PIBG membantu bersuara dalam perkara ini. Kerana ada ramai ibu bapa yang susah ketika ini.
Selain itu ada juga yang menegaskan, ada segelintir guru terlalu mengikut trend terkini. Sehingga ada yang mengadakan jamuan perpisahan darjah enam di hotel.
Ibu bapa mengeluh dan berpendapat, jamuan perpisahan adalah lebih baik diadakan di sekolah sahaja.
“Boleh sahaja buat di sekolah, dan ibu bapa bergotong royong membantu menyediakan juadah. Itu akan lebih jimat. Dengan zaman sekarang semua harga barang melambung naik.”
Seorang lagi menyatakan bahawa di sekolah anaknya, mereka dikenakan caj RM150 untuk seorang anak yang menghadiri graduasi darjah enam. Jika ibu bapa turut serta, mereka perlu menambah lagi RM90.
Pandangan yang lain berkata, dia seorang ibu yang ada anak kembar. Sekolah mengenakan caj RM100 untuk seorang pelajar. Bermakna dia membayar RM200 untuk majlis tersebut.
Sambil ada yang mengingatkan tentang zaman dulu dulu, pelajar darjah enam hanya membuat majlis perpisahan di kelas dengan semua bawa ‘tapau’ dari rumah.
Walaubagaimanapun ramai juga ibu bapa bersyukur kerana di sekolah anak mereka masih mengenakan bayaran yang munasabah iaitu sekitar RM20-RM30 untuk majlis seperti itu yang diadakan sederhana di sekolah.