Ramai ibu bapa yang sedia menggunakan perkhidmatan pengasuh bagi memudahkan rutin seharian. Namun tidak semua ibu bapa bernasib baik dalam mendapatkan pengasuh yang benar-benar boleh menjaga budak-budak seperti yang diiklankan.
Seperti yang tular baru-baru ini di media sosial, seorang bayi berusia 6 bulan didakwa telah digigit lebih 8 kali oleh anak kepada pengasuh sehinggakan terdapat tompokan darah di baju bayi berkenaan.
Baca Juga:
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
Dalam perkongsian di Facebook, wanita berkenaan meluahkan rasa hampanya apabila bayinya yang berusia 6 bulan itu diperlakukan sebegitu meskipun ia baru hari pertamanya dijaga oleh pengasuh tersebut.
Selain itu, difahamkan abang kepada bayi itu juga turut mempunyai kesan birat di bahagian muka seperti ditampar oleh orang dewasa, insiden tersebut menyebabkan kanak-kanak itu trauma dan tidak mahu dihantar ke pengasuh itu.
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Bahrin Mohd Noh menyatakan pihaknya telah menerima laporan kejadian tersebut yang dibuat ibu bayi itu pada pukul 5.30 petang, Rabu lalu.
“Laporan dibuat wanita berkenaan mengenai kes anak yang berumur enam bulan mempunyai kesan gigitan di badan disyaki digigit oleh anak pengasuh yang berusia tiga tahun.
“Hasil siasatan, pengasuh merupakan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an telah dikenal pasti dan akan dirakam percakapan pada Isnin bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Bahrin, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum penjara boleh sampai 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.