Penampilan bahru Syasya selepas meninggalkan kumpulan Dolla dikongikan ibunya sendiri menerusi media sosial.
Beberapa hari lalu, Syasya mengumumkan bahawa dia meninggalkan kumpulan Dolla.
Baca Juga:
- Habis Lebam Tangan Syasya Dolla Dipercayai Dipukul Teman Lelakinya
- ‘Kurangkan, Cuba Ubahlah’ – Nenek Nasihat Syasya Dolla Jangan Pakai Seksi Sampai Dikecam Netizen
- ‘Mereka Tidak Pakai Uniform, Lencana Rasmi’ – Dolla Cuak Ditahan Tiga Lelaki Mengaku Polis
Dolla dalam kenyataan mereka berkata: “Kami sedar ketiadaan Syasya baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan anda semua.
“Dengan hati yang berat, kami ingin mengumumkan Syasya sudah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai ahli Dolla di atas sebab peribadi.
“Hubungan kami berempat sangat erat. Kami masih menganggap Syasya sebagai adik kami, dan kami akan terus memberikan sokongan terhadapnya,” kata kenyataan bersama 3 lagi anggota Dolla.
Terdapat laporan menyatakan bahawa Syasya mahu melanjutkan pelajarannya, yang dikatakan menjadi sebab utama dia terpaksa berundur daripada Dolla.
Terbaru ibunya mengusik Syasya yang tampil dengan imej bertudung. Netizen rata rata memberikan reaksi positif di atas perubahan imej Syasya yang sebelum ini terkenal dengan imej seksinya.
@ohbulanofficial Kita doakan yang baik2 buat Syasya ❤️ Video: Farah Farina #ohbulan #sembangentertainment #penampilan #baharu #syasya #bekas #kumpulan #dolla
Ramai yang berharap agar Syasya terus kekal dengan imej bertudung selepas ini.
Netizen turut memuji Syasya sebagai sangat cantik apabila bertudung.
Ada yang meminta Syasya agar kekal istiqamah.