Ini adalah advertising material era terdahulu yang mungkin ramai sudah lupakan. Bila melihat gambar-gambar ini, teringat dahulu di kedai kopi semasa di kampung sewaktu kecil. Banyak ditampal dengan poster iklan-iklan sebegini.
Poster original iklan-iklan ini sekarang mempunyai harga. Jika dapat poster iklan Coca-Cola lama yang masih dalam keadaan baik, harganya boleh mencecah puluhan hingga ke ratusan ringgit. Kalau anda ada masa boleh ke Amcorp Mall pada hujung minggu untuk lihat peniaga menjual barang-barang vintage.

Walaupun iklan sekarang lebih gempak, tetapi iklan-iklan sebegini sentiasa ada tempat di hati saya. Ini antara iklan vintage yang dapat saya cari. Menarik dan sangat cool. Iklan Proton Iswara dah nampak macam kereta Knight Rider pula. Pada saya, iklan Vespa paling win.