Di dalam pasaran minuman kopi yang mencabar, setiap jenama perlu sentiasa menghasilkan idea marketing yang menarik untuk menjadi yang paling unik.

Siapa sangka jenama dari Malaysia iaitu Zus berjaya menjadi bualan hangat di media sosial global selepas tular video iklan pemasaran yang boleh dikatakan luar kotak dan menarik perhatian bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

Menerusi ciapan akaun @nocontextscats, dia memuji akan kreativiti jenama kopi tempatan kerana berjaya membuat akaun yang cukup sempurna dan unik.

Di dalam video itu, boleh dilihat promosi menu Matcha baru yang disiarkan pada papan iklan digital namun terdapat plot twist di mana terdapat kucing comel yang menjilat skrin seumpama memberi gambaran ia sesuatu yang menyedapkan.

Di pengakhiran video, Zus berjaya memasukkan elemen jenaka yang dekat dengan generasi Z yang mana menyelitkan meme kucing berpusing yang cukup terkenal di media sosial.

Susulan teknik marketing yang serba lain dari yang lain, ia langsung meraih perhatian global dan ramai sangat menantikan idea iklan yang fresh sebegini.

“Ini satu hype yang bagus,” kata seorang pengguna dari Jepun.

“Nampaknya ini satu iklan yang sempurna jika berada di dalam kesesakan jalan,” seloroh seorang lagi.

Seorang penggun dari India turut menunjukkan minat untuk mengetahui lanjut berkenaan Zus dengan bertanyakan soalan kepada kecerdasan buatan AI .

Menariknya, ramai mendakwa mereka menjadi berminat untuk mengetahui lebih lanjut jenama ini dan mencuba menu kopi matcha yang dijual tersebut.