Seperti yang dinantikan ramai, kini pihak Zus telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden di antara barista dan pelanggan yang biadap baru-baru ini.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh pihak Zus di media sosial berkenaan isu terbabit:-

“Di ZUS COFFEE, semua kakitangan dan komuniti kami adalah nadi utama dalam setiap hal yang kami lakukan.

Kami sedar akan kewujudan sebuah video yang tular di media sosial, melibatkan interaksi yang berlaku di salah sebuah cawangan kami semalam.

Kami telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjalankan siasatan menyeluruh dan sentiasa berada di sisi Zurista kami. Bekerja dalam industri perkhidmatan bukan mudah, dan perkara sebegini tidak sewajarnya berlaku.

Kita hanyalah manusia mencuba yang terbaik.

Kami menggesa semua pihak untuk:
* Menghormati privasi mereka yang terlibat dan mengelakkan diri daripada berkongsi atau menyiarkan semula video yang menunjukkan individu terlibat tanpa kebenaran.
* Mengelakkan diri daripada menyebarkan kenyataan palsu bagi memastikan proses siasatan dijalankan secara telus dan adil.

Zurista kami kini sedang berehat dan memulihkan diri daripada insiden tersebut. Kami berharap semua pihak dapat memberi ruang dan masa sementara kami meneliti perkara ini dengan penuh perhatian.

Di ZUS, kami tidak bertolak ansur dengan sebarang sikap atau perilaku yang tidak menghormati komuniti kami. Kami akan terus komited bagi mewujudkan persekitaran yang selamat untuk semua.”

Dengan ini, para netizen meluahkan rasa lega selepas mengetahui barista itu masih bertugas seperti biasa.