Tahun ini menjadi tahun yang mencabar buat semua syarikat gergasi untuk terus bertahan ekoran krisis ekonomi global. Microsoft merupakan salah satu syarikat yang terkesan teruk dan sudah kedengaran bakal membuang ribuan tenaga pekerja namun dinafikan.

Namun perkara tersebut kini menjadi kenyataan apabila Microsoft sendiri melakukan pengumuman rasmi bahawa mereka melakukan pengurangan 10,000 tenaga kerja. Proses pengurangan tenaga ini akan dilakukan secara berperingkat sehingga suku ketiga tahun 2023.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Los Angeles Times

Menurut CEO, Satya Nadella ini adalah bersamaan dengan 5% jumlah tenaga kerja Microsoft. Pekerja yang dibuang bukan sahaja di Microsoft tetapi juga merangkumi anak syarikat mereka seperti Bathesda dan 343 Studios yang membangunkan permainan video.

Tindakan drastik yang diambil oleh Microsoft adalah kerana permintaan untuk e-dagang yang berkurangan dan persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi tahun ini. Tahun lalu fasa pertama pengurangan tenaga kerja hanya melibatkan sekitar 1,000 kakitangan.

Syarikat Microsoft mengakui bahawa mereka tidak boleh mengawal faktor luaran yang mempengaruhi prestasi syarikat itu. Kini mereka hanya mengambil langkah berjaga dengan menggurangkan kos operasi seharian seperti yang dilakukan oleh syarikat-syarikat gergasi yang lain.

Sumber