Seorang ahli arkelogi dari Britain mendakwa bahawa beliau telah menemui rumah semasa zaman kanak-kanak Jesus di Nazaret, Israel. Banggunan kuno yang menjadi tempat Jesus menghabiskan zaman kanak-kanak terpelihara dengan baik, katanya.

Dianggap sebagai banggunan abad pertama, rumah ini kini menjadi Biara Sisters of Nazareth. Pada zaman dahulu, ia dikenali sebagai rumah di mana Jesus dibesarkan bersama Joseph dan Mary pada abad ke-19. Namun teori ini ditolak pada tahun 1930-an dan seterusnya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Dilaporkan oleh WION, Ken Dark, seorang profesor arkeologi dan sejarah di Reading University, England mendapati bahawa kumpulan Nazaret kuno mendakwa bahawa biara tersebut dibina di atas rumah pertama Jesus.

Profesor Dark menyatakan bahawa orang-orang di kawasan ini percaya bahawa bangunan itu adalah rumah Jesus yang pertama pada 380-an. Sewaktu zaman kegemilangan abad pertama, dia turut mendakwa kemungkinan wujud ruang tamu dan stor penyimpanan barang di sekitar halaman dan di bahagian teras bumbung.

Dalam satu laporan analisis yang dilakukan oleh Dark juga mengesahkan dakwaan bahawa status bangunan itu adalah kediaman pada abad pertama, lapor Republic World.

Dark turut mendakwa bahawa rumah dua tingkat ini juga dibina dengan baik oleh tekton, yang membawa maksud bahawa dia bukan sahaja tukang kayu, tetapi juga tukang batu atau tukang bangunan.

Pada penelitian lapangan, Dark juga menemui sebuah gereja di dalam gua yang dihiasi dengan mosaik, ia dibina di samping sisa-sisa rumah yang ada pada abad keempat. Di abad kelima, gereja dibina di atas rumah dan di dalam gua, dan dianggap sebagai gereja terbesar di Nazaret pada saat itu.

Terdahulu, Israel dikatakan mula meminta bantuan dari negara luar kerana tidak cukup ‘tangan’ lawan COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tidak Cukup ‘Tangan’ Lawan COVID-19, Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam

Kedai Serbaneka Di Hulu Langat Ini Jual Barang Bermotifkan Bendera Israel Undang Kemarahan Netizen

Putera Saudi Akan Dibunuh Oleh Rakyatnya Sendiri Jika Jalin Hubungan Diplomatik Dengan Israel