Aksi Piala Dunia semakin panas! Ketika pasukan-pasukan terbaik dunia berentap memburu kejuaraan paling berprestij, peminat pastinya mahu menikmati lebih banyak kandungan yang dapat menghidupkan suasana sepanjang kejohanan.

Bagi melengkapkan pengalaman tersebut, Tonton membawakan FIFA+ Road to FIFA World Cup 2026, koleksi kandungan khas yang mengajak peminat mengimbau semula sejarah, detik ikonik serta kisah menarik daripada kejohanan-kejohanan terdahulu.

Daripada fakta yang mengejutkan sehinggalah jaringan gol yang mengubah perlawanan, semuanya boleh disaksikan menerusi FIFA+ di Live TV Tonton.

Kenali Sejarah Piala Dunia Menerusi ‘Facts Week’

Imbau Kembali Detik Penting Piala Dunia Menerusi Kandungan Eksklusif FIFA+ Di Tonton

Menerusi program Facts Week, peminat boleh mengetahui pelbagai kisah, statistik dan fakta menarik yang mungkin tidak pernah diketahui sebelum ini.

Program ini membawa penonton menyelami sejarah Piala Dunia dari sudut berbeza, termasuk cerita-cerita luar biasa yang berlaku di dalam dan di luar padang.

Facts Week disiarkan setiap hari pada pukul 7.00 pagi, dari 2 hingga 8 Jun 2026.

Imbas Kembali Perlawanan Pembukaan Ikonik

Imbau Kembali Detik Penting Piala Dunia Menerusi Kandungan Eksklusif FIFA+ Di Tonton

Perlawanan pembukaan sering menjadi pentas pertama untuk sesebuah pasukan memberikan amaran kepada pencabar lain.

Menerusi Classic Kick-Offs, peminat boleh mengimbau kembali beberapa perlawanan pembukaan paling ikonik dalam sejarah Piala Dunia, lengkap dengan drama, atmosfera dan detik yang masih diperkatakan sehingga hari ini.

Saksikan Classic Kick-Offs setiap hari pada pukul 7.00 pagi, dari 9 hingga 15 Jun 2026.

Pertemuan Lama, Pentas Baharu

Imbau Kembali Detik Penting Piala Dunia Menerusi Kandungan Eksklusif FIFA+ Di Tonton
Ada pertemuan yang bukan sekadar satu lagi perlawanan. Ia hadir bersama sejarah, persaingan lama dan memori yang masih segar dalam kalangan penyokong.

They’ll Meet Again: Group Stages menampilkan semula pertemuan terdahulu antara negara-negara yang bakal bertembung dalam peringkat kumpulan tahun ini.

Program tersebut boleh disaksikan setiap hari pada pukul 7.00 pagi, dari 12 hingga 28 Jun 2026.

Selepas berakhirnya peringkat kumpulan, peminat turut boleh mengikuti They’ll Meet Again: Round of 32 dari 29 Jun hingga 4 Julai 2026, juga pada pukul 7.00 pagi.

Jaringan Saat Akhir Yang Mengubah Segalanya

Imbau Kembali Detik Penting Piala Dunia Menerusi Kandungan Eksklusif FIFA+ Di Tonton
Dalam bola sepak, beberapa saat terakhir sudah cukup untuk menghancurkan harapan satu pasukan dan mencipta wira baharu.

Last Minute Deciders membawa peminat mengimbau kembali jaringan-jaringan dramatik pada penghujung perlawanan yang pernah mengubah perjalanan Piala Dunia, daripada aksi peringkat kumpulan sehinggalah pentas final.

Program ini disiarkan setiap hari pada pukul 7.00 pagi, dari 23 hingga 29 Jun 2026.

Rasai Bahang Bola Sepak Dunia Bersama Tonton!

Tidak kira sama ada anda peminat sejarah bola sepak, pencinta statistik atau sekadar mahu mengimbau semula detik-detik legenda, kandungan FIFA+ ini boleh menjadi pelengkap kepada pengalaman menonton sepanjang musim kejohanan.

Langgan Tonton sekarang dan saksikan FIFA+ menerusi Live TV Tonton.

Jangan hanya sekadar tonton perlawanan; hayati juga sejarah, drama dan detik yang membentuk kejohanan bola sepak terbesar dunia ini!