Satu imej imbasan x-ray gadis berusia 23 tahun di China sangat mengerikan dan menggelikan. Ianya seleps seluruh bahagian dalam badannya didiami parasit cacing pita.
Cacing pita tersebut menumpang dengan banyak sekali dalam badan wanita itu kerana dia memakan daging babi mentah atau yang tidak dimasak selama 10 tahun.
Menurut laporan media di China, gadis yang dikenali dengan nama Ting Ting dari perkampungan Yubeng, wilayah Deqin di China mengadu sakit kepala dan sakit bahagian kaki serta di bahagian mata pada 2016.
Kemudian wanita berusia 23 tahun itu dihantar ke hospital dan doktor mengesahkan dia mengalami cysticercosis, jangkitan yang berlaku apabila seseorang itu memakan telur cacing pita.
Imej mikroskop menunjukkan bahawa bahagian otot, abdomen, mata dan otak Ting Ting semua dijangkiti parasit tersebut.
Abangnya mulai mengetahui punca masalah itu kerana keluarganya merupakan pemakan tegar daging babi mentah ketika mereka menyembelih haiwan itu. Terus masuk ke mulut tanpa dimasak.
Ting Ting mengamalkan tabiat pemakanan ini sejak berusia 10 tahun. Abangnya turut diperiksa, namun dia tidak ada apa apa.
Ting Ting pula agak malang kerana seluruh badannya penuh dengan parasit tersebut. Doktor menyatakan bahawa kesan daripada parasit itu, Ting Ting terdedah kepada risiko kanser otak dan juga beberapa jangkitan lain.
Doktor yang bernama Profesor Meng Qiang dari Jabatan Neurologi di China berkata: “Mata pesakit mula terbeliak, kerana dia mengalami kanser retina, kemudian dia turut menghidapi jangkitan lain serta sawan.
“Cacing parasit ini memberikan impak sangat teruk kepada otak dan mempengaruhi sistem saraf tunjang beliau. Kesan paling biasa adalah epilepsi [sawan], dan pesakit terdedah kepada masalah kecacatan intelektual. Ada sesetengah pesakit boleh mengalami lumpuh, masalah percakapan dan kecacatan deria.
“Jika tidak dirawat dengan cara yang betul, keadaan menjadi lebih buruk apabila parasit ini mati, pesakit akan mengalami reaksi radang serta alergik.
Imej x-ray gadis itu membuatkan netizen rasa sangat terganggu melihat imej tersebut.
Person infected with worm parasites from eating raw pork pic.twitter.com/vgBEeAtUql
— Creepy.org (@creepydotorg) January 21, 2024
Seorang lagi pakar perubatan menyatakan selain daripada daging mentah, parasit seperti ini sangat mudah menjangkiti mereka yang tidak mencuci tangan dengan sabun selepas membuang air besar, kemudian mengendalikan makanan.
Seterusnya, semua orang juga diingatkan agar sentiasa mencuci buah buahan atau sayuran sebelum dimakan. Dan jangan meminum air yang tercemar.