Umum mengetahui bahawa kita perlu perbaharui pasport secara atas talian dan bagi yang sudah perbaharui mesti tahu kita perlu mengambil gambar untuk ‘renew’ pasport serta ada guidelines yang perlu diikuti.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @maddybreteche telah berkongsi sebuah video memaparkan situasinya perbaharui pasport semalam yang dirasakannya tidak masuk akal.

Baca Juga:

@maddybreteche

NO ONE TOLD ME 😂😭 #fyp #passport #drama #tiktokmalaysia #smh #foryou

♬ original sound – maddy – maddy

Menerusi perkongsian tersebut, dia mengatakan dirinya tidak mengenakan solekan tebal kerana tahu akan berdepan masalah tetapi tidak sangka bulu matanya itu menjadi isu dan dirinya diminta oleh pihak imigresen untuk potong bulu matanya.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak terkejut melihat situasi itu kerana pernah juga berdepan dengan situasi yang hampir sama seperti pelu menarik tudung ke belakang bagi menampakkan keseluruhan wajah, menukar warna tudung, rambut perlu ‘adjust’ tidak menutupi dahi dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen dari negara jiran mengatakan bahawa sistem negara kita terlalu ‘strict’ berbanding negara mereka dimana lebih mudah. Malah, ada juga kagum kerana gadis itu sanggup potong bulu matanya sedikit untuk menyiapkan pasportnya.

Bahkan, urusan perbaharui pasportnya hanya mengambil masa 30 minit walaupun berdepan dengan masalah tersebut. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 900 ribu tontonan dan lebih 90 ribu tanda suka.