Sejak Alif Satar yang merupakan seorang pengacara, pelakon dan juga penyanyi menganjurkan kempen #GengSubuhMacamJumaat, dapat dilihat peningkatan jemaah yang hadir ke masjid pada awal pagi.

Bukan hanya masjid yang menjadi Alif Satar untuk menjadi jemaah, malah seluruh masjid dalam negara turut mengalami peningkatan jemaah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, siapa sangka impak kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ ini turut menular ke negara jiran di mana Majid Yusof Islam menjadi saksi apabila para jemaah berjaya membanjiri kawasan Masjid pada waktu Subuh.

Perkongsian yang dibuat oleh Facebook Syed Muhammad ini telah mendapat pujian orang ramai yang kagum dengan kempen positif ini.

Sebelum ini, Masjid MADAD Sungai Petani turut mendapat perhatian ramai selepas menawarkan inisiatif baharu di mana murid-murid yang hadir jemaah Subuh di MADAD bakal dihantar terus ke sekolah menerusi van yang disediakan.

Sumber