Bermula sebagai startup, syarikat Aeromobil yang berpengkalan di Slovakia ini nampaknya bakal memberi bayangan seperti yang diimpikan orang ramai dengan pengeluaran ‘kereta terbang’ menjelang 2020 ini. Dengan pengeluaran sebanyak 500 unit, kenderaan ini mampu mencapai kelajuan 160km/h di darat dan mampu mencapai 260km/h apabila berada di udara.

Pengguna boleh mendapatkan kenderaan ini dengan harga sekitar $1.3 juta (~RM5.57 juta) sehingga $1.6 juta (~RM6.86 juta). Mungkin ini penyelesaian kepada masalah kesesakan lalu lintas yang pengguna jalan raya impikan selama ini.