Tindakan Rapid KL menegur penumpang yang makan dan tidak memakai pelitup muka di dalam pengangkutan awam akhirnya memakan diri sendiri apabila kebanyakan pengguna maya meminta Rapid KL untuk memperbaiki diri sendiri sebelum menegur orang.
Dalam ciapan yang dibuat oleh Ask Rapid KL di Twitter, akaun itu meminta agar pengguna keretapi Rapid KL untuk tidak makan dan sentiasa memakai pelitup muka jika berada di dalam pengangkutan awam.
“Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan megi dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula. Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren,”
Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan megi dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula. Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren.#rapidkl #tegursebabsayang pic.twitter.com/m6adjhTeAE
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) July 19, 2022
Ciapan itu bagaimanapun tidak menerima maklum balas yang baik dari pengguna maya yang sebelum ini berang dengan beberapa isu yang gagal diperbaiki oleh Rapid KL.
Antara isu-isunya adalah kekerapan perkhidmatan keretapi, eskalator yang sering rosak dan beberapa isu teknikal yang memaksa pengguna menunggu lebih lama untuk menaiki keretapi ketika pulang atau pergi bekerja.
Ooo kondem orang pandai. Train lambat, suara location kat mana tak keluar, screen map tak keluar, escalator macam tak pernah baiki, machine topup duit/token selalu rosak. Bas pon sama je, kjap ada takde. Apps pulse tu pon selalu je buat hal. Eyy geramnya aku.
— 🚬 (@imrakin_) July 19, 2022
Ingat tak penat ke naik tangga?? Dah la penat, lapar lak tunggu tren lambat sampai..makan lah apa lagi..
— imDeen الدين🇲🇾 (@aiamDeen) July 19, 2022
Tau pulak kau complain orang buat salah. Kau tu bilanya nak betul kan segala escalator? Orang complain, orang viralkan, kau tukar je tarikh service kat kertas tu. Pastu, sampai cap goh mei tahun depan pun belum tentu kau service
— amereus (Sufi bukan Mr.)🌻 (@sufisyame_) July 19, 2022
Ah kau pun dah la tak efficient lembab asyik menyusahkan orang pastu nak malukan orang lain pulak
— Zafira (@ZafiraRazip) July 19, 2022
Public transport in Malaysia needs to be improved, teruk gila nak mampos lagi.
— Aidan Brown C 🤎 (@mediumbrownc) July 19, 2022
Lebih setahun lif rosak, respon tidak masuk akal RapidKL terhadap golongan OKU buat netizen berang. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Lebih Setahun Lif Rosak, Respon Tidak Masuk Akal RapidKL Terhadap Golongan OKU Buat Netizen Berang
Dua ‘Traction Power Sub Station’ Bermasalah Jadi Punca Perkhidmatan LRT Tergendala
Rapid KL Mohon Maaf Petugas Kebersihan Buat Kerja Sambil Lewa