Masjid menjadi tempat untuk ibadah bagi masyarakat beragama Islam selain menjadi pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam.

Baru-baru ini, di laman media sosial timbul satu perbincangan mengenai reka bentuk masjid moden yang mana kebanyakannya dianggap tidak mesra terhadap jemahh khususnya warga emas.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dewan Solat Masjid Di Tingkat Atas.

Antara keluhan yang menjadi perbincangan oleh netizen ialah tempat ibadah yang mempunyai reka bentuk dewan solat di bahagian atas dan jemaah perlu menaiki anak tangga untuk menunaikan solat.

Di ruangan bawah pula dijadikan sebagai dewan serba guna yang mana menurut netizen jarang digunakan dan alangkah baiknya jika ruang bawah dijadikan sebagai dewan solat.

“Tempat solat di tingkat atas. Nak ambik wudhu atau nak pergi ke tandas kena turun bawah yang sampai 50-100 anak tangga. Padahal paling banyak ke tandas adalah orang tua. Malaysia dan reka bentung yang berfungsi memang susah nak jumpa,” tulis seorang netizen.

Ada juga netizen yang menggesa agar pihak masjid melantik pereka dan pekerja yang sentiasa solat di masjid bagi memastikan mereka mempunyai gambaran jelas dan tidak mementingkan aspek kosmetik sahaja.

“Sebab itu penting tukang design dan tukang buat ini belajar agama dan selalu solat dekat masjid. Itu satu hal pasal tangga, pasal tandas pun ya. Tempat wuduk wanita pun ya. Sanggup solat di petrol stesen sebab lebih mudah dan dekat,” tulis seorang lagi netizen.

Apa yang pasti, sebagai sebuah tempat untuk umat Islam menunaikan tanggungjawab yang hukumnya wajib, masjid perlu mengutamakan keselesaan jemaah berbanding terlihat gah atau lebih cantik di mata orang lain.