Perbuatan khianat meletakkan dawai atau tali panjang ke atas pengguna jalan raya bukanlah satu perkara asing di Malaysia.

Baru-baru ini seorang pengguna Lebuhraya SUKE di simpang Kampung Dato Mufti berkongsi keadaannya selepas menjadi mangsa khianat sehingga mencederakan lehernya.

Baca Juga:

Menurut X @mdzulhilmi__ kejadian itu berlaku pada pukul 7.40 malam dan beliau meminta semua penunggang motosikal berhati-hati semasa melalui lebuhraya tersebut.

Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai terkejut apabila mengetahui perbuatan khianat itu sudah mula dibuat di lebuhraya, sedangkan sebelum ini perkara tersebut sering berlaku di laluan motosikal sahaja.

Pada masa sama, ada yang berpendapat itu mungkin taktik penyamun untuk memerangkap mangsa semasa berhentikan motosikal untuk melihat kecederaan di leher atau menanggalkan dawai atau tali tangsi dari laluan tersebut.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat mungkin itu tali layang-layang putus kerana perkara itu juga pernah berlaku di Lebuhraya DUKE kawasan Gombak.

Orang ramai meminta pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati sekiranya berhadapan situasi sebegitu rupa dan berharap agar penguatkuasa dapat mengambil tindakan tegas kepada individu terbabit.