Untuk anda yang mengikuti perkembangan Caprice, terdapat kekecohan baru-baru ini apabila ada seorang pengguna internet sanggup menggelar anaknya, Airiel Qashaf sebagai haiwan.

Tanpa berdiam diri, Caprice berjaya mencari individu terbabit setelah abang kepada pelaku itu ada menghubunginya.

Dalam rakaman video yang dimuat naik di Instagram rasmi Caprice, pemuda yang dikenali sebagai sebagai Irfan itu dilihat bertemu dengan Caprice dan isterinya iaitu Fara Inalis melutut memohon maaf.

Fara Inalis atau lebih mesra disapa Elis yang kelihatan sedikit beremosi menegur tindakan pemuda berkenaan.

“Baru 23 nak buat perangai macam sampah kat luar sana? Kau patut bersyukur kau berjumpa dengan Caprice, kau patut bersyukur sebab Caprice, kau nak minta maaf dengan aku, kau kena ikut cara aku,” katanya dengan nada marah.

Elis meminta pemuda tersebut untuk melutut jika ingin meminta maaf kepada anaknya. Caprice cuba untuk meredakan keadaan dan memujuk pemuda itu untuk melutut sebelah lutut sahaja.

Ketika permohonan maaf itu selesai, Elis menegaskan kepada pemuda itu agar tidak melakukan perbuatan sedemikian kepada orang lain pula.

Selesai sahaja mereka selesai, Capice memberikan 2 pilihan kepada pemuda tersebut sama ada mahu dibawa ke masjid ataupun balai polis dan pemuda itu memilih untuk ke masjid.

Mereka dilihat menunaikan solat bersama dan Caprice menghulur duit kepada pemuda tersebut untuk diberikan kepada ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat lega dengan jalan penyelesaian yang diambil dan meminta orang lain untuk berhati-hati dalam menulis sesuatu perkara di media sosial.