Tanpa SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), hidup akan terumbang ambing dan realiti pahit ini mula dirasai oleh beberapa individu.

Menerusi laporan Berita Harian, bagi sesetengah individu seperti Amzar Mohd Azhari, Mohammad Adam Qusyairi, dan Mimi, keputusan untuk tidak meneruskan persekolahan dan tidak mengambil SPM telah meninggalkan kesan mendalam dalam hidup mereka.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Amzar Mohd Azhari: Tertekan dan Tersisih

Amzar, 26, berkongsi pengalaman pahitnya yang membuatkan beliau berhenti sekolah selepas Tingkatan Satu.

Faktor persekitaran, tekanan rakan sebaya, dan perpisahan ibu bapa menjadi punca utama beliau hilang motivasi untuk belajar.

“Saya mula rasa terasing dalam kalangan rakan. Apabila ada sesi belajar bersama, saya selalu diketepikan. Lama-kelamaan, semangat saya terus hilang,” katanya.

Tanpa SPM
Sumber: UtusanTV (Gambar Hiasan)

Amzar mengakui bahawa beliau tidak menyedari kesan jangka panjang keputusannya itu.

“Pada mulanya, saya tidak rasa apa-apa kesan. Tapi selepas bertahun-tahun, baru saya sedar susah nak cari kerja tanpa Sijil Pelajaran Malaysia,” ujarnya.

Mohammad Adam Qusyairi: Cemburu Melihat Rakan ke Universiti

Bagi Mohammad Adam Qusyairi, 20, keputusan berhenti sekolah pada usia 15 tahun dibuat tanpa memikirkan masa depan.

Beliau mengakui tidak berasa kesal pada awalnya, tetapi perasaan itu berubah selepas melihat rakan-rakan sebaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Tanpa SPM
Sumber: Awani (Gambar Hiasan)

“Saya mula rasa cemburu dan menyesal. Sekarang, saya bercadang untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia sebagai calon persendirian supaya masa depan saya lebih terjamin,” katanya.

Adam berkongsi bahawa sejak berhenti sekolah pada 2020, beliau telah mencuba pelbagai pekerjaan tetapi tidak ada yang bertahan lama.

Tanpa Sijil Pelajaran Malaysia, peluang untuk mendapatkan kerja yang stabil dan berpendapatan baik semakin terhad.

Mimi: Halangan Besar Tanpa SPM

Mimi, 21, yang hanya memiliki sijil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), mengakui bahawa tanpa SPM, halangan terbesar dalam merancang masa depannya sukar.

Beliau tidak pernah memasuki sekolah menengah dan hanya mendapat pendidikan di madrasah.

Tanpa SPM
Sumber: KOSMO! (Gambar Hiasan)

“Pada mulanya, saya tidak faham betapa pentingnya SPM. Tapi sekarang, saya rasa kesannya setiap kali cuba cari kerja yang lebih baik,” katanya.

Mimi berkata, walaupun beliau memiliki pengalaman kerja yang banyak, kebanyakan syarikat masih memerlukan kelayakan asas seperti SPM, diploma, atau ijazah.

“Saya sangat menyesal tak ambil SPM dulu. Kalau boleh, saya nak ulang masa lalu,” ujarnya dengan nada penuh penyesalan.

Realiti Pahit Tanpa SPM

Kisah Amzar, Adam, dan Mimi adalah cerminan realiti yang dihadapi oleh ramai belia di Malaysia yang terpaksa berdepan dengan kesan jangka panjang akibat tidak mengambil SPM.

Tanpa SPM
Sumber: Harian Metro (Gambar Hiasan)

Tanpa SPM, peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil dan berpendapatan baik menjadi semakin terhad.

Namun, masih ada harapan. Dengan adanya peluang untuk menduduki SPM sebagai calon persendirian, individu seperti Adam dan Mimi masih boleh memperbaiki masa depan mereka.