Sering kali kita menyangka pasangan memuat naik selfie bersama di media sosial tampil lebih bahagia. Bagaimanapun, kajian terbaru membuktikan perkara sebaliknya.

Satu kajian terbaru yang dibuat mendapati bahawa pasangan yang kerap berkongsi gambar swafoto pasangan dan kisha cinta di media sosial mungkin tidak sebahagia yang disangkakan.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Good Housekeeping

Dapatan itu diperolehi melalui tinjauan yang dibuat oleh Shotkit melibatkan 2,000 pasangan yang berusia antara 18 hingga 50 tahun, lapor Majalah Relevant.

Kajian berkenaan dibuat bertujuan untuk mengukur tahap kebahagiaan pasangan dan tabiat mereka ketika di media sosial

Sumber Gambar: iStock

Hasil kajian mendapati individu yang berkongsi tiga atau lebih hantaran gambar swafoto bersama pasangan setiap minggu didakwa 128 peratus kurang bahagia berbanding dengan individu yang tidak berbuat demikian.

Lebih mengejutkan lagi, hanya 10 peratus pasangan yang suka berkongsi gambar bersama pasangan di media sosial mengakui hubungan mereka “lebih bahagia”.

Sementara 46 peratus pasangan yang jarang berkongsi kehidupan peribadi termasuk pasangan di media sosial mengakui mereka “lebih bahagia”.

Berdasarkan hasil dapatan ini, pengkaji mencadangkan bahawa ‘masalah kepercayaan’ terhadap pasangan mungkin menyebabkan ‘pasangan yang tidak bahagia’ memilih untuk kerap berkongsi berkenaan pasangan mereka di media sosial.

Selain itu, alasan utama yang diberikan kenapa mereka kerap memuat naik gambar pasangan adalah untuk memaklumkan bahawa status diri sendiri atau pasangan bahawa mereka sudah dimiliki.

Menariknya, hubungan mesra yang ditunjukkan di media sosial adalah lebih ketara dalam kalangan pengguna yang lebih berusia.

Secara purata, generasi milenial lebih cenderung untuk berkongsi hantaran swafoto ‘sweet-sweet’ bersama pasangan berbanding generasi lebih muda, Gen Z.

“Terdapat pelbagai pandangan yang berbeza-beza, sama ada kekerapan membuat hantaran mengenai pasangan memberi kesan terhadap hubungan.

”Kami jangkakan terdapat perbezaan ketara menerusi tinjauan yang dibuat, tetapi kami tidak tahu berapa peratusan perbezaannya. 128 peratus adalah angka yang agak besar,” kata Martin Steven dari Shotkit.

Martin bagaimanapun menegaskan berkongsi berkenaan pasangan di media sosial tidak lah semuanya buruk.

“Ini tidak bermakna bahawa berkongsi berkenaan pasangan di media sosial adalah satu perkara yang tidak baik.

”Cuma dalam kes ini (hasil tinjaun), pepatah ‘indah khabar dari rupa’ adalah tepat. Kami berharap bahawa tinjauan ini memberikan sedikit pandangan dan mungkin idea untuk difikirkan orang ramai” jelasnya.

Sebagai peringatan, tidak salah untuk memuat naik gambar bersama pasangan tetapi kebahagiaan sebenar apabila anda boleh bersefahaman dan saling melengkapi antara satu sama lain di dalam kehidupan sebenar tanpa perlu validation orang lain.