Nampaknya masih wujud individu berhati mulia yang menderma tanpa mahu identitinya dikenali oleh orang ramai.

Seorang penderma misteri telah menyumbangkan mesin Real Time Polymerase Chain Reaction (PCR) Detection System berharga RM148,000 untuk kegunaan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Sibu menjalankan ujian pengesanan jangkitan COVID-19 lapor Bernama.

Sumbangan daripada penderma enggan dikenali itu dibuat melalui Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dr Annuar Rapa’ee, yang menyerahkan peralatan tersebut kepada Pengarah Hospital Sibu, Dr Mohamad Ng Siah Huat pada satu majlis ringkas di sini.

https://twitter.com/emahyuri/status/1243183450590347264?s=19

Dr Annuar berkata sumbangan itu menjadikan pusat itu kini dilengkapi dua unit mesin berkenaan dan sekali gus meningkatkan lagi kemampuannya untuk menjalankan ujian pengesanan jangkitan COVID-19 di daerah ini dan sekitarnya.

“Mesin baharu ini diterbangkan khas dari Kuala Lumpur hari ini dan ia tambahan kepada mesin yang sedia ada di Hospital Sibu. Takut ada breakdown (kerosakan) jadi perlu ada dua unit. Terima kasih kepada hamba Allah yang menderma,” katanya.

Untuk membaca kisah terkini berkenaan COVID-19, tekan pada pautan di bawah.

Polis India Pukul Orang Awam Sehingga Maut Kerana Langgar Perintah ‘Lockdown’

Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Dijangkiti COVID-19 Buatkan Dirinya Kenal Erti Syukur

Gaji Jemaah Menteri Dipotong Dua Bulan Untuk Tabung COVID-19

Sumber