Di dalam prosuder penyediaan makanan, sudah diajar buat setiap pengendali hanya menggunakan bahan yang selamat untuk dihadam oleh manusia.
Bagaimanapun, seorang wanita tempatan meluahkan pengalaman yang luar kebiasaan apabila popia yang dibelinya didapati mempunyai label seperti ditulis menggunakan marker.
Menerusi gambar yang dikongsikan, kelihatan sebahagian popia goreng itu telah ditanda label dengan memberi indikasi perasa yang dibelinya.

Jelas tertulis CR iaitu akronim kepada Crab Ragon atau bahasa mudah difahami ramai adalah berisi ketam.
“Gais. First time beli popia goreng dekat gerai ni. Dapat macam ni berlabel,” tulisnya dengan nada terkejut.
Oleh itu, dia menyoal warga di Threads sama ada selamat untuk dimakan memandangkan risau jika penjual menggunakan marker jenis alat tulis.
Hantaran wanita itu langsung menjadi tumpuan dan timbul perbincangan di dalam kalangan netizen berhubung senario itu.
Sebahagian netizen turut mencurigai keselamatan makanan tersebut kerana kesan dakwat marker biasa mempunyai bahan kimia merbahaya untuk kesihatan.
“takde common sense ke apa peniaga ni? apa lebijak la guna chemical dkt makanan… nak label tulis siap2 dkt dulang la adoi,” tegas seorang netizen.
Sementara ada yang berpendapat dan berpengalaman dalam pastri pula mendakwa wujud segelintir penjual yang memang menggunakan edible marker iaitu sejenis pen atau penanda khas yang direka untuk kegunaan pada makanan.
“Tnya penjual pakai marker pen whiteboard ke edible marker pen. Kalau edible marker pen selamat utk dimakan,” tulis seorang lagi.
Dakwatnya diperbuat daripada bahan-bahan gred makanan yang selamat untuk dimakan.
Untuk kepastian, netizen menyaran wanita itu untuk membuang bahagian kulit yang mempunyai kesan dakwat dan menyoal penjual jika bertemu di hari lain.