Tular sebuah video yang membuatkan orang ramai berang di mana sekumpulan pencipta kandungan dilihat memberikan makanan berisi nasi dengan sisa tulang yang telah dimakan oleh mereka kepada gelandangan.
Susulan dikecam teruk, salah seorang pencipta kandungan terbabit telah tampil memberikan penjelasan berikutan video yang dimuat naik telah disalah tafsir menurutnya.
“Ok semua, saya hari ini nak buat klarifikasi berkenaan insiden tulang ayam. Semua orang menyangka kami memberi makan tulang ayam kepada gelandangan tersebut. Kami tidak memberikan makan tulang ayam kepadanya.
“Pada mulanya mengikuti lelaki gelandangan itu. Ia hanya pertembungan. Ini hanyalah untuk pembikinan video dan kami akan memberikan set lengkap berisi dua ketul ayam untuk lelaki gelandangan tersebut,” jelasnya.
Boleh dikatakan pencipta kandungan itu sedia berkolabarasi bersama lelaki gelandangan itu dalam pembikinan konten tersebut dan memberikan satu set lengkap ayam dan nasi baru sebagai upah.
Katanya, niatnya pada awal memang mahu memberi pertolongan kepada masyarakat sekaligus memberikan kesedaran kepada orang ramai.
Oleh itu, mereka mendapat persetujuan untuk membikin video sedemikian bersama lelaki gelandangan terbabit dengan membuat video seumpama eksperimen sosial.
Mengakui akan kesalahan berkenaan, dia meminta orang ramai untuk memberikan peluang sekali lagi untuk berbakti semula kepada masyarakat.
Bagaimanapun, di ruangan komentar masih dihujani mesej berbaur kemarahan dan kecaman akan tindakan pencipta konten terbabit yang bukan sahaja merendah-rendahkan martabat orang lain malah ketandusan idea konten yang berkualiti.