Netizen Indonesia dihebohkan dengan klip video lagu berjudul Hello Kuala Lumpur di saluran YouTube yang didakwa berasal dari Malaysia.

Saluran YouTube itu memuat naik lagu Hello Kuala Lumpur yang didakwa meniru lagu asal milik Indonesia iaitu Halo-Halo Bandung. Lagu tersebut telah dimuat naik oleh saluran YouTube Lagu Kanak TV dengan tajuk “Lagu Kanak Kanak Melayu Malaysia” pada 30 Jun 2018.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan CNN Indonesia, lagu tersebut hampir sama dengan lagu asal hasil ciptaan Ismail Marzuki, dari irama hingga melodinya. Malah liriknya hanya diubah sedikit.

Contohnya, pada awal lagu Hello Kuala Lumpur tertulis Hello Kuala Lumpur, Capital of Joy. Manakala lagu Halo-Halo Bandung berbunyi, Halo-Halo Bandung, Ibu Kota Periangan.

Video tersebut mendapat perhatian netizen Indonesia dan disifatkan menciplak lagu Halo-Halo Bandung.

Sebelum ini, Malaysia turut menggunakan lagu Rasa Sayange untuk mempromosikan industri pelancongan berjudul Malaysia Truly Asia pada 2017. Video promosi itu serta-merta mencetuskan bantahan rakyat Indonesia yang menuduh negara jiran itu mencuri warisan budaya negara itu.

Dakwaan lagu ini diulang sedekad kemudian. Pada 2017, ketika menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017, Malaysia sekali lagi menggunakan lagu Rasa Sayange pada pembukaan acara sukan Asia Tenggara itu.

Perdana Menteri Malaysia (PM) Anwar Ibrahim baru-baru ini menegaskan lagu berjudul Rasa Sayange adalah lagu dari Indonesia. Beliau menegaskan perkara ini kerana masih mendengar dakwaan sebilangan pihak yang menyatakan lagu itu berasal dari Malaysia.

Anwar Ibrahim menilai dakwaan ini berlaku kerana persamaan budaya yang sangat kuat antara Indonesia dan Malaysia.

Sumber