Sebuah syarikat yang melakukan pembakaran terbuka sehingga menyebabkan asap tebal ke Singapura dan Malaysia didenda Rp15 bilion (RM4.51 juta).
Syarikat itu adalah PT Adei Pelalawan & Industry. PT Adei memiliki ladang kelapa sawit seluas 12.856 hektar di Desa Kemang, Desa Palas, Desa Batang Nilo Kecil, Desa Telayap dan Desa Sungai Buluh di Pelalawan, Riau.
Hakim mahkamah tempatan berkata, syarikat itu didapati melakukan kelalaian yang mengakibatkan berlaku kerosakan teruk terhadap alam sekitar.
“Berdasarkan fakta kes, terdapat kebakaran yang berpanjangan selama dua minggu di kebun milik syarikat terbabit sehingga menyebabkan berlaku pencemaran dan gangguan asap di kawasan sekitar sehingga ke negara jiran,” katanya.
LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram