Remaja Malaysia adalah di antara yang ‘paling bosan’ di dunia, mengikut satu kajian yang baru dijalankan.

Mereka menunjukkan “tahap kebosanan paling tinggi”, menurut sebuah kajian antarabangsa yang dijalankan oleh MTV Asia di 26 buah negara dipanggil “Break Boring, Ignite Passion”.

remaja-bosan
Post Advice

Kajian ini melibatkan responden berusia 12 sehingga 24 tahun.

Remaja di Malaysia mencatatkan tahap kebosanan paling tinggi pada 83 peratus, diikuti oleh United Kingdom (79 peratus), Brazil (79 peratus), Singapura (78 peratus) dan Sweden (77 peratus).

Kajian itu juga mendedahkan hampir kesemua (97 peratus) 15,000 responden mengalami kebosanan, dengan 2 per 3 daripadanya mengalami kebosanan setiap minggu pada hampir suku hari pada setiap hari. Ini bermakna kira-kira 340 juta orang berusia 12 sehingga 24 tahun mengalami pelbagai tahap kebosanan pada masa sekarang.

“Keputusannya sangat memeranjatkan, mengambil kira generasi sekarang mempunyai akses terhadap teknologi dan pelbagai jenis konten tanpa batas, kami menyangka kebosanan mungkin berlaku sedikit sahaja dalam kehidupan remaja,” kata Ketua Antarabangsa MTV, Kerry Taylor.

NST

“Memahami audien adalah penting terhadap bisnes kami, dan maklumat seperti ini hanya mengukuhkan lagi kepentingan inisiatif rentas platform yang menyerlahkan kreativiti penonton kami dan memberi inspirasi kepada mereka dengan memanfaatkan apa yang mereka minati.”

Dengan purata remaja sekarang mempunyai sehingga enam peranti berinternet, kajian MTV menunjukkan kebolehan memilih konten dengan lebih banyak dan luas serta pilihan media sosial dan informasi yang ada, sebenarnya boleh menyebabkan kebosanan, dalam masa yang sama, mengurangkannya.

Sebanyak 40 peratus daripada tinjauan berkata melayari internet tanpa tujuan adalah salah satu aktiviti yang paling membosankan dengan peratusan lebih besar berbanding menghadiri sekolah (39 peratus) dan bekerja (33 peratus).

BACA: Ini Caranya Untuk Hilangkan Bosan Di Pejabat

Remaja yang paling tidak berasa bosan tinggal di negara-negara seperti Rusia (56 peratus), Belgium (55 peratus), Indonesia (53 peratus), Hungary (52 peratus) dan Belanda (49 peratus). Kesemua 26 negara yang ditinjau melaporkan tahap kebosanan yang tinggi, dengan hanya Belanda berada di bawah paras 50 peratus.

Tiga situasi di mana anak-anak muda kerap mengalami kebosanan ialah ketika berada di rumah sebelum tidur (41 peratus), pada hujung minggu (33 peratus) dan semasa musim cuti (29 peratus).

Enam puluh peratus daripada anak-anak muda tidak suka berasa bosan. Malah, mereka benci kebosanan melebihi perasaan cemas (58 peratus), mempunyai jerawat (55 peratus), atau ketinggalan (trend) (54 peratus).

Walau bagaimanapun, menjadi pokai, gagal atau dimalukan adalah kebimbangan yang lebih besar.

Kajian MTV “Break Boring, Ignite Passion” telah dijalankan antara September 2014 sehingga Januari 2015.

BACA: Luahan Seorang Anak Yang Pernah Bosan Tapi Akhirnya Rindu Pada Bebelan Ibunya

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber